27 December 2015

APA ITU KOD E DALAM MAKANAN⁉

KOD E

Nombor E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) danianya selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah.

Bahan aditif ialah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja kedalam makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.

 Skim penomboran ini mengikut Sistem penomboran Antarabangsa (International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius.

Codex Alimentarius ialah dari bahasa Latin yang bermaksud ?kodmakanan? atau ?buku makanan?

 Ia adalah koleksi pelbagai standard, kod praktis, panduan antarabangsa yang diiktiraf berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.

 Bagi Kesatuan Eropah, Kod E ini adalah merujuk kepada aditif yang boleh dimakan keranahanya sebahagian daripada bahan aditif yang dibenar untuk digunakan.

Nombor E juga digunakan pada label pemakanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara, terutama Kanada dan Israel.

PENGKELASAN NOMBOR E MENGIKUT JENIS BAHAN ADITIF

E100- E199
 -Warna

 E200 - E299
 -Pengawet

 E300 - E399 
- Oksidan - Fostat -Antioksida -PengawalAsid

 E400 - E499
-Pemekat -Pelembap -Penstabil -Emulsifier

 E500 - E599
- Garam - Regulator Asid - AgenPenghalangKerak 

E600 - E699
- PenambahPerisa 

E900 - E999
- Pemanis
- Bahan-bahan lain

 E1000- E1999
- Bahan Kimia Tambahan

 KESIMPULAN Tidak semua nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan berasaskan dari sumber yang haram.

Bahan-bahan aditif ini boleh bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan.

Contoh Nombor E yang paling kerap ditanya oleh orang ramai adalah E471. Ia adalah sejenis emulsifier iaitu mono dan digliserida.

Sumbernya adalah dari lemak sintetik yang terhasil dari gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan.

Ramuan ini secara umumnya ialah sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak semulajadi yang boleh dihadam.

 Masyarakat seharusnya peka mengenai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan.

Pihak industri makanan dan barang gunaan pula bertanggungjawab untuk mengenal pasti status sumber aditif makanan yang digunakan supaya tidak akan menimbulkan keraguan kepada para pengguna Islam.

Manakala Bahagian Hab Halal akan memastikan syarikat yang memohon sijil halal wajib mengishtihar kesemua ramuan termasuk aditif makanan yang digunakan beserta dokumen yang kukuh (seperti sijil halal yang diiktiraf dan analisis makmal).

 Sehubungan itu, sekiranya produk tersebut merupakan produk tempatan dan mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia, maka ia boleh digunakan tanpa was-was tetapi sekiranya produk tersebut bukan produk tempatan serta tidak mendapat sijil pengesahan halal Malaysia walaupun menggunakan e-kod yang sama, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih sumber tersebut.


0 comments:

Post a Comment