09 May 2020

Selamat Hari ibu ...Mak tok timah dan kaum ibu sedunia



Ibu, engkaulah ratu hatiku”... demikian sebaris lagu Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Lagu ini mengingatkan kita akan jasa dan kedudukan ibu. Kasih sayang ibu terhadap anak adalah kurniaan Allah.

Ayat 14 surah Lukman bermaksud: “Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu kepada-Ku tempat kembali”.

Hadis sahih Bukhari dan Muslim meriwayatkan: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah saw, lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati? Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab lagi: Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Rasulullah meletakkan tingginya kedudukan seorang ibu sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda. Sebagai anak, kita mesti menghormati ibu untuk mendapat keredaan Allah. Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ada bersabda, keredaan Allah bergantung pada keredaan kedua-dua ibu bapa. Ini bermakna jika ibu bapa suka kepada kita, Allah turut meredai kita. Sebaliknya, jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut memurkai kita. Benarlah syurga di telapak kaki ibu.

Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu bapa. Hakikat ini perlu kita insafi. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Semasa mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Jagalah mereka dengan baik, kasih sayang dan hormat. Jangan bersuara tinggi atau keras, atau membantah.

Imam Al-Ghazali menyebut satu hadis berbunyi “Berbuat kebajikan kepada kedua ibu bapa lebih utama daripada solat, puasa, haji, umrah dan jihad fisabilillah.”

Setiap dari kita adalah anak dan bila tiba giliran, kita akan jadi ibu atau bapa pula. Sebagaimana kita mahukan anak-anak kita berbakti kepada orang tuanya, begitulah halnya dengan kemahuan kedua orang tua kita.

Jadikan amalan kita mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Kasihlah ibu tanpa berbelah bagi, kerana kasih sayang terhadap ibu itu dan sebaliknya akan membawa anda ke syurga. Tapi andainya ibu sudah tiada, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Sentiasalah melakukan kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Sesungguhnya, Mereka menantikan hadiah dari kita.

Buat semua ibu, emak, ummi, mama, mommy, andalah Keramat Hidup kami. Bagi kami setiap detik Setiap Hari Adalah Hari Ibu.

09 April 2019

Puan Eija lama tak tulis blog?

Assalamualaikum ...
hah sungguh lama juga tak buka blog ne dah melimau blog kerana kehidupan biasa dn yg baharu... kini saya mempunyai kelab pengasuhrumah penang juga di bawah Kelab Rekreasi Pengasuh Malaysia kami bersatu dlm satu tujuan mengumpul pengasuh-pengasuh dirumah menjalankan aktiviti bersama seperti riadah, berbengkel atau berkursus dgn pihak-pihak tertentu.

Kelab juga byk mengumpul ibubapa yg sedang mencari pengasuh di sekitar pulau pinang itu jua salah satu tujuan kelab di tubuhkan jugak.

Banyak lg k.eija nk kongsi kan pasai kelab ini ..bagai mna ia tertubuh.bila?dgn siapa k.eija mulakan dn dgn siapa bekerjasama... akan dtg k.eija sambung 😁
start 2013 k.eija mula ceburi bidang asuhan dn dapati penang belom ada kelab seperti negeri lain akk cuba create dn tiru mcm kelab yg sedia ada contoh ''khidmat asuhan" lokasi di selangor dn ipoh saja . 

𝑲𝑰𝑺𝑨𝑯 𝑻𝑬𝑳𝑬𝑲𝑼𝑵𝑮 𝑯𝑨𝑷𝑨𝑲


Satu hari saya dijemput oleh seorang kawan ke majlis kesyukuran perkahwinan adiknya.

Dari luar rumah saya terpegun melihat kecantikan dan kemewahan rumah dua tingkat ini.
Masuk je kedalam pagar rumah disebelah kanannya laman yang nan menhijau
Melangkah masuk ke dalam rumah ,tersusun perabot mewah serba indah dalam keluasan ruang tamu yang sangat besar dihiasi lampu chandelier .

.majlis nya plak fuhh meriah dan “grand” padanlah dengan rumah kan.alhamdulillah nikmat allah.

Kebetulan masa saya sampai sudah masuk waktu zohor jam menunjukkan pukul 3.30 petang…

Dalam hati “Ya Allah…dah lewat ni..belum solat zohor lagi ni”

Saya berbisik kepada kawan untuk tumpang solat dulu sebelum makan memandangkan waktu zohor dah nak habis.

Beliau menunjukkan ruang solat di bahagian tingkat dua rumah.

Bilik solat yang sangat luas dengan hiasan langsir berwarna biru lembut labuh dan tampak mewah,
Ada hamparan karpet mahal. Ada sebidang sejadah berlipat di atas karpet itu di sebelah kanan bilik.

Di ruang itu juga disediakan tempat wuduk .

Dalam hati”Seronoknya ada bilik solat khas”.

Keluar sahaja dari bilik air, saya mendekati sejadah.Sejadahnya sudah nipis dan lusuh sekali. Rambu ramba di hujung sejadah banyak yang dah terburai.

Saya buka lipatan sejadah dan telekung. 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵𝘂𝗔𝗸𝗯𝗮𝗿! 😮😮

Menitis air mata saya sambil menyarung telekung. 😪😪

Telekungnya berkepam, sudah berbau masam. Kainnya sudah nipis sudah berwarna kekuningan. Telekung fesyen lama-lama dari kain cotton plain. BUSUK dan sungguh LUSUH sekali. Tali pengikat telekung di kepala hanya tinggal satu sahaja. Dagu telekung sudah bertahi lalat. AllahuAkbar!

𝙔𝙖 𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝,.nikmat kemewahan yang engkau berikan kepada mereka,,,telekung yang lusuh berkepam ini mereka gunakan untuk sujud kepadaMu 𝙔𝙖 𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝,
Air mata menitis makin laju,

𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇
Aku tidak sekaya semewah mereka 𝙔𝙖 𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝,, tetapi aku sentiasa pastikan aku mengadapmu dalam keadaan bersih dan cantik 𝙔𝙖 𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝,.

Aku dan anak-anak ada 2 hingga 3 pasang telekung setiap sorang.
Supaya kami boleh sentiasa bergilir telekung yang bersih untuk beribadah kepadaMU 𝙔𝙖 𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝,

dan bukan kami nak riak,,,,tetapi kami bersedia untuk mengadap pencipta kami dalam keadaan bersih dan cantik 𝙔𝙖 𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝,

𝐇𝐀𝐊𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆.
𝐇𝐀𝐊𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆.
𝐇𝐀𝐊𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆.

𝐵𝑎𝑗𝑢 𝑟𝑎𝑦𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑝𝑎𝑠𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑎𝑠𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑙𝑖,
𝑇𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑔𝑎𝑛𝑡𝑖 𝑡𝑒𝑙𝑒𝑘𝑢𝑛𝑔 𝑠𝑎𝑛𝑔𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑖𝑟𝑎.
𝐵𝑒𝑟𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑡𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑔𝑎𝑛𝑡𝑖 𝑚𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑎𝑠𝑢ℎ..

Mungkin sahabat semua boleh fikirkan sejenak...

Kita mampu membeli jubah raya RM200 sepasang, dan kita bukan beli sepasang tapi berpasang-pasang. kasut branded RM200, handbag RM300. Namun, telekung solat kita ada yang sudah 5 tahun tidak berganti. Bukan sahaja tidak berganti, tapi nak basuh pon sekali sekala.
𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉𝒖𝑨𝒌𝒃𝒂𝒓.𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉𝒖𝑨𝒌𝒃𝒂𝒓.𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉𝒖𝑨𝒌𝒃𝒂𝒓.

"𝑺𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂, 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒐𝒍𝒂𝒕, 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒂𝒖 𝒕𝒆𝒎𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝑹𝑨𝑱𝑨 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒓𝒂𝒋𝒂-𝒓𝒂𝒋𝒂 𝒅𝒊 𝒅𝒖𝒏𝒊𝒂. 𝑪𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒌𝒂𝒊𝒂𝒏 𝒎𝒖 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒕𝒆𝒎𝒖 𝑻𝑼𝑯𝑨𝑵 𝑴𝑼, 𝑹𝑨𝑱𝑨 𝑷𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝑲𝒉𝒂𝒛𝒂𝒏𝒂𝒉 𝒅𝒖𝒏𝒊𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒕."

marilah kita muhasabah diri .
jadikan ini sebagai peringatan
supaya kita berubah untuk nampak bersih dan cantik di mata PENCIPTA
bukan hanya cantik di mata kawan-kawan

𝑆𝐴𝐿𝐴𝑀 𝐾𝐴𝑆𝐼𝐻 𝑆𝐴𝑌𝐴𝑁G
🌹🌹🌹