Showing posts with label Isteri SuriRumah. Show all posts
Showing posts with label Isteri SuriRumah. Show all posts

10 April 2014

Lama tak update blog...

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..lama betul tak update blog ni.Lepas bulan puasa memang hilang terus idea ditambah pula dengan kesibukan mengejar hal-hal duniawi dan ukhrawi.

Alhamdulillah anak sulung sudah menduduki peperiksaan SPM sekarang dah melihat keputusan nya ..inshallah! byk lagi harus dia lalui..

kesibukkan baru-baru ne bkn sekadar kesibukkan anak2 je tp Alhamdulillah menyibukkan diri dgn ilmiah islam kita... gembira seisi keluarga kami mengabiskan masa beriadah di majlis-majlis ilmu ..jalaan-jalan cari masjid :)

Dengan sedikit demi sedikit ilmu moga-moga di berkati di dunia dan akhirat..Amin

21 October 2013

:: Menghadapi Ribut Rumah Tangga ::

Fikir Sejenak
Apabila kita sedang marah, kita perlu tanya pada diri "Mengapa aku marah?", dan perlu fikir akan jawapannya. Dalam konteks rumahtangga, apabila kita marah, sebabnya ada 2 kemungkinan:
1.      Marah disebabkan perkara lain
2.      Marah kepada suami/isteri

Mungkin marah disebabkan perkara lain.
Pernah dengar kisah 'Siapa yang menendang kucing itu'? Seorang pekerja lelaki dimarahi oleh bosnya di pejabat. Lelaki tersebut cuba pertahankan bahawa bukan dia yang melakukan kesalahan. Maka lelaki tersebut pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, jalan pula sesak. Tambah pula ada pemandu lain yang memandu secara tidak berhemah. Setibanya di rumah, si isteri menjemput dengan wajah ceria. Namun fikiran si suami masih berserabut, tidak dapat membalas ceria sapaan isteri. Maka suami terus mencari kerehatan, meninggalkan isteri. Isteri pula terasa hati. Sudah tidak ceria. Si anak pula meminta izin ibunya untuk pergi keluar bermain. Ibu tidak membenarkan, si anak masam mencuka. Dilihatnya si kucing, ditendangnya akan kucing itu. Maka, siapakah yang menendang kucing itu?
Kisah ini sebagai contoh umum, dan wataknya berubah-ubah dalam kehidupan realiti. Propagasi marah boleh berlaku, dan mungkin natijahnya lebih buruk daripada seekor kucing ditendang.
Maka satu perkara atau ciri yang perlu ada pada diri kita agar propagasi gelombang marah tidak berlaku atau dapat dihentikan adalah kemampuan mengawal diri (self-control). Kemampuan mengawal diri ini adalah hasil daripada penimbaan ilmu dan pengamalan kita tentang aspek-aspek akhlaq Islamiyyah.
Firman Allah Ta'ala:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd:11).

Kita marah disebabkan kesalahan suami/isteri.
Adakah dia memang bersalah?
Atau mungkin disebabkan salah faham antara suami isteri, yang tidak tahu tentang perbezaan lelaki dan wanita dalam keperluan perasaan, berfikir dan bertutur?

Lelaki dan wanita, berbeza dalam keperluan perasaan, berfikir, bertutur, memahami, reaksi, cara memberi kasih sayang. Seolah-olah mereka menuturkan bahasa yang suami/isteri tidak dapat memahami. Perbezaan inilah yang perlu kita pelajari, ketahui, dan hormati, agar perasaan cinta suami isteri terus kekal subur dan mekar hingga ke syurga.
Kerana tidak tahu tentang perbezaan-perbezaan ini, mudah masalah dan konflik timbul dalam rumahtangga, dan sukar pula mencari penyelesaian dan jalan keluar untuk konflik tersebut. Perasaan marah mudah timbul, diri mudah berasa tension.
Seringkali suami dan isteri berada dalam konflik, apabila mereka menganggap bahawa pasangannya adalah seperti diri mereka, daripada aspek perasaan, fikiran, dan komunikasi. Suatu kesilapan juga apabila ada yang menganggap bahawa cara menyatakan cinta dan menerima cinta tiada perbezaan antara lelaki dan wanita.
1.      Apabila Mereka Berkomunikasi
Secara umumnya, apabila seorang lelaki berbicara dengan lelaki tentang masalah, bermakna dia berusaha mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dengan meminta bantuan rakannya. Maka mereka akan berbincang, agar jalan keluar ditemui untuk mengatasi masalah tersebut. Ini jelas kepada kita.
Dalam kehidupan rumahtangga, apabila isteri berbicara dan berkongsi perasaan tentang perkara-perkara hariannya (masalah luaran, bukan masalah rumahtangga) - terutama yang tidak menyenangkannya, suami mudah menganggap bahawa itu adalah suatu luahan masalah yang meminta cadangan solusi. Ini adalah normal sekiranya adalah urusan antara lelaki. Namun tidak sebegitu antara lelaki-wanita atau suami-isteri. Apabila wanita membuat luahan tentang perkara yang tidak menyenangkan, tidak semestinya ia adalah luahan masalah yang berhajatkan kepada cadangan penyelesaian.
Maka suami apabila mendengar luahan tersebut, dengan niat baik ingin membantu, mula menganalisa satu demi satu yang diluahkan isteri, dan memberi cadangan demi cadangan, tetapi bukanlah itu sebenarnya yang dikehendaki. Isteri terus berasa tidak gembira, atau bertambah sedih.
Langkah yang betul yang perlu diambil oleh suami, yang benar-benar membantu, adalah mendengar dengan empati, cuba memahami dan menghayati, seolah-olah turut melalui situasi yang sama, tanpa cadangan solusi.
Bukanlah cadangan solusi itu perkara yang tidak elok, ia perkara yang penting, namun perlu juga dinilai faktor masa (bila), juga cara disampaikan (bagaimana).
Wanita berubah-ubah kondisinya, mengikut keadaan dan masa, dan umumnya boleh dibahagikan kepada 3 mode:
1.      Rasional
Mode ini wanita boleh dibawa berbincang, dan mampu mendengar cadangan solusi atau penambahbaikan.

2.      Empati
Ini mode tidak gembira, sedih atau marah disebabkan masalah luaran. Mode ini wanita inginkan pendengar yang memahami. Tidak berhajat kepada cadangan solusi, melainkan mereka sendiri yang meminta.

3.      Emosional
Ini mode tidak gembira, sedih atau marah disebabkan masalah dalaman (masalah suami-isteri). Juga tidak berhajat kepada cadangan solusi, melainkan mereka sendiri yang meminta.

2.Belajar Menjadi Pendengar Yang Baik

Kita perhatikan satu contoh daripada buku Men Are From Mars, Women Are From Venus.
Mary pulang ke rumah dengan hari yang meletihkan. Dia perlu dan mahu berkongsi perasaannya tentang hari tersebut.
Dia berkata, "Sungguh banyak yang perlu dilakukan, saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri."
Tom berkata, "Awak perlu berhenti kerja itu. Awak tidak perlu bekerja keras. Cari sesuatu yang ingin awak lakukan."

Mary berkata, "Tetapi saya suka kerja saya. Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta."
Tom berkata, "Jangan dengar kepada mereka. Lakukan apa yang awak mampu lakukan."

Mary berkata, "Itulah apa yang saya buat! Saya tidak dapat percaya saya benar-benar terlupa untuk menelefon mak cik hari ini."
Tom berkata, "Jangan bimbang tentang hal itu, dia akan faham."

Mary berkata, "Adakah awak tahu apa yang dia lalui? Dia perlukan saya."
Tom berkata, "Awak terlalu risau, sebab itu awak tidak gembira."

Mary marah berkata, "Saya tidaklah selalu sedih. Tak bolehkah awak hanya dengar?"
Tom berkata, "Saya sedang dengarlah ni."

Selepas perbualan ini, Mary lebih kecewa daripada apabila dia tiba di rumah. Tom juga kecewa dan tidak tahu apa yang tidak kena. Dia mahu membantu, tetapi taktik penyelesaian masalah itu tidak berhasil.
Tom tidak tahu apa yang diperlukan dan diinginkan oleh Mary. Tom juga tidak memahami betapa pentingnya untuk dia hanya mendengar tanpa menawarkan penyelesaian. Penyelesaian hanya memburukkan lagi keadaan. Cara untuk memberi sokongan dan membantu adalah dengan mendengar - dengan sabar dan empati, dan berusaha untuk benar-benar memahami perasaan Mary.
Tom tidak tahu pada awalnya bahawa hanya mendengar dengan empati Mary mengekspresikan perasaannya akan membantu menggembirakan Mary. Apabila Tom tahu betapa Mary perlu untuk meluahkan perasaannya dan didengari, beliau secara beransur-ansur belajar menjadi pendengar yang baik.
Hasilnya, apabila Mary pulang ke rumah dalam keletihan, perbualan mereka agak berbeza.
Mary berkata, "Begitu banyak yang perlu dilakukan. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat."
Tom mengambil nafas panjang, menghembus nafas, dan berkata, "Awak seperti melalui hari yang amat sukar."

Mary berkata, "Mereka mengharapkan saya untuk mengubah segala-galanya serta-merta. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan."
Tom berhenti sejenak dan kemudian berkata, " Hmmm."

Mary berkata, "Saya bahkan lupa untuk menelefon mak cik."
Tom berkata dengan dahi yang sedikit berkedut, "Oh, tidak."

Mary berkata, "Dia memerlukan amat saya sekarang. Saya rasa bersalah."
Tom berkata, "Awak memang seorang yang penyayang."

Tom kemudian memeluk mesra Mary. Mary kemudiannya berkata, "Saya suka bercakap dengan awak. Terima kasih kerana mendengar. Saya rasa lebih tenang."

3.Kenali Dia
Know our spouse, and let our spouse know about ourself.
Suami perlu belajar dan berusaha mengenali isteri, isteri perlu belajar dan berusaha mengenali suami. Isteri perlu memberitahu tentang diri kepada suami, suami perlu memberitahu tentang diri kepada isteri.

Wujudkan sesi khas tazkirah dan perbincangan mingguan secara konsisten. Semoga perasaan cinta dan kasih saying bait Muslim terus mekar hingga ke hujung hayat dibawah naungan cinta Ilahi.

23 September 2013

keep renew your Niat

manusia berubah mengikut masa
begitu juga aku


dahulunya aku begitu


kini aku begini
kuharap lebih baik dari sebelumnya

namun aku bukan manusia sempurna
yang tak pernah melakukan kesilapan

dulu aku silap
sekarang aku memperbaikinya


dulu aku jahil
sekarang aku mempelajarinya


dulu aku alpa
sekarang aku berwaspada


dulu aku lupa
sekarang aku mengingatinya


dulu bukanlah sehingga kini
bukan juga selamanya untuk aku sebegitu

andai ada janji yang tak tertunai olehku
kumohon lupakanlah ia


andai ada keburukanku ketara
kumohon tutuplah ia


andai ada ingatan tentangku
kumohon ingatlah yang baik-baik sahaja

teruskanlah kehidupan dengan permulaan yang baru
aku sudah berbeza


sekiranya tersingkap masa silam
pintaku jangan dinilai yang dahulu


nilailah aku yang sekarang
kerana kini yang ada adalah dari-Nya menerusi aku

terimalah keburukan dan kekuranganku agar redha nanti
jangan lihatku pada kelebihanku kerana kemudian bakal kecewa
terima kasih kepada yang memahami


--- #aku dan perbezaan

life,, full with right and wrong, yes or no, good or bad

life is all bout choosing and making decision

u are the one who decide

~Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum kalau kita tak berusaha untuk merubahnya

29 July 2013

SELAMAT ULANGTAHUN PREKAHWENAN !!Eija Suriani


http://www.goodlightscraps.com/content/anniversary/anniversary-23.gif

Alhamdulillah Ramadhan ke 21 ini bersamaan tarikh ulangtahun perkahwinan saya :)

18 tahun dulu, pada tarikh ini (30june 1995) adalah tarikh kenduri perkahwinan saya dan En. Suami yang sgt sy hormati dan kasihi.

30 June 1996, kami diIjabkabulkan. (pada tanggal 30 june yg lalu saya x sempat nak berkongsi hari ulangtahun ini dgn shbt2 sekalian.. hanya 'berbulan madu' dgn kekasih hati saya yg Allah pinjamkan sementara didunia ini.)

Seterusnya, majlis 'sambut menantu' pada 14 Ogos 1996 di Balik pulau diadakan dgn sgt meriah.. maklum laa kenduri 'anak Emak'. :)

Sedar tidak sedar, perjalanan perkahwinan ini sudah pun mencapai usia 18 tahun.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!

Hebatnya perancangan dan penyusunan yang Allah aturkan ini.

Di usia ini, kami telah pun dikurniakan 3 orang cahayamata.

  Muhamad Hafiz (17 tahun)  Fatin Nabihah (13 tahun) & Fatin Nur Aliha (7 tahun}

Jika mahu dinukilkan tentang bahtera rumahtangga ini, pastinya begitu banyak keindahannya.

Doakan agar Allah memberkati dan merahmati kami.

Menjadikan kami ibubapa yang soleh/solehah.

Dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah.

Diberi keampunan dunia dan akhirat.

Agar dapat sama-sama kami berpimpin tangan menuju ke SyurgaNya yang abadi.






Insyaa Allah.

♥ _ ♥
Moga Allah redha.

:: Sekadar berkongsi senyuman bahagia bersama En Suami Alias Mohamed bersama shbt2 yang saya kasihi.. DOAKAN KAMI... Jazakallah ::
http://www.goodlightscraps.com/content/anniversary/anniversary-23.gif 
DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN 

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini.

 Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat. 

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci. 

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. 
Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan. 

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu. 

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci.
 Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. 
Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. 
Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

 Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. 
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.


Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.



 
Suamiku tersayang,
 Kaulah pemimpin diriku,
 Menegur segala kesilapanku,
 Memerhati tingkah lakuku,
 Kaulah pendukung diriku,
 Ketika diriku goyah dilanda musibah, 
Kaulah pembakar semangatku. 
Tiada yg lebih istimewa,
 selain dari kasih sayang yg kau curahkan,
 Tiada yg lebih berharga, dari pengorbananmu. 
Sesungguhnya engkaulah insan yg aku cintai. 
Padamu jualah segala bakti ku curahkan.
 Sesungguhnya jasamu begitu besar nilainya.
Luv u till Jannah !! Amin 

19 June 2013

Meningkatkaan Keyakinan Diri Sebagai SuriRumah

Hidup sebagai surirumah sepenuh masa dalam dunia hari ini, selalunya menyebabkan wanita hilang keyakinan diri. Maka muncullah imej diri yang lemah dan tidak berdisiplin sebagaimana zaman berkerjaya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh04Ohp8CmunOfYRkTvbFii85hcSLgHY6XzJgrTeJCRu9XDQETyT7AEHdvZYupJz3SJjkCeDMThkhRDUgXr0w0hAvpJBtEnQnZAde34dkzw5PwkOdLJQr1H8pO2eEenxHAXNkWiNOeITq0C/s1600/surirumah.jpg

Bagaimanakah cara untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai surirumah?

Sememangnya keyakinan diri tidak datang begitu saja, ia memerlukan kekuatan semangat dan usaha yang berterusan untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri. Jika itu berjaya dilakukan masa setiap surirumah berhak untuk mendapat penghormatan dan kasih-sayang insan-insan disekeliling mereka.

Diantara cara-cara untuk membina keyakinan diri ialah:

1. Memikirkan perkara-perkara yang menaikkan keyakinan diri.
Apakah yang menyebabkan anda merasa rendah diri? Catatkan jawapan tersebut serta cuba mencari penyelesaiannya. Kemudian fikirkan sesuatu yang boleh menaikkan keyakinan diri anda berada dirumah.
Setiap insan yang Allah ciptakan mempunyai kelebihan yang tiada pada insan lain, carilah kelebihan tersebut serta berusaha menjadi seorang yang mahir dalam bidang tersebut.

2. Mencari kumpulan sokongan.
Sekiranya anda ingin berjaya sebagai seorang surirumah, carilah sahabat-sahabat yang mempunyai keinginan yang sama, serta memahami apa yang anda inginkan. Kita akan berasa lebih tenang apabila kita dapat berbincang dengan kawan-kawan yang dapat memahami situasi kita.
Namun begitu pastikan anda bersemangat tinggi untuk membangunkan diri, jangan jadikan tugas sebagai surirumah sebagai alasan untuk anda tertinggal dibelakang.

3. Mengenalpasti kelebihan diri.
Sebaik-baiknya anda mengetahui apa sebenarnya yang anda inginkan bila memilih untuk berada dirumah. Carilah kelebihan tersebut, serta catatkan tentang perkara-perkara yang anda mahir mengenainya. Kemudian pilihlah kelebihan tersebut yang boleh anda kembangkan sebagai satu usaha anda dari rumah. Ini dapat mengelakkan daripada anda terasa diri tidak berharga bila dibandingkan dengan insan yang berkerjaya.
Fikirkanlah juga apa yang anda ingin lakukan sebagai sumbangan kepada masyarakat disekeliling anda. Ini kerana surirumah sepatutnya menjadi peneraju perubahan dalam masyarakat.

4. Bersyukur kepada Allah dengan segala milik anda sekarang.
Sekiranya anda bersyukur dengan suasana anda sekarang anda akan mampu membangkitkan perasaan tenang dan damai dalam diri anda. Apabila anda mampu mengekalkan sifat-sifat murni tersebut, anda akan lebih senang dihampiri serta akan mempunyai lebih ramai kawan.
Ini tentunya akan menjadikan anda lebih berkeyakinan diri serta lebih gembira dalam hidup anda. Elakkan perasaan risau kerana ia akan menjauhkan orang lain daripada mendekati anda. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang anda kecapi sekarang.

5. Menjadi seorang yang berfikiran positif.
Cubalah jauhi daripada memikirkan kelemahan yang mampu menjatuhkan imej diri anda. Carilah sisi-sisi positif yang boleh membuatkan anda berasa tenang dengan pilihan anda berada dirumah.
Jangan sesekali membuka peluang untuk insan lain merendah-rendahkan kebolehan anda, hanya kerana anda berada dirumah.
Sentiasalah berfikir positif diatas setiap ujian dan cubaan yang anda tempuhi, insya Allah anda akan sentiasa berjaya.

6. Melazimi prinsip anda.
Setiap insan mempunyai prinsip hidup yang tersendiri, pastikan anda melakukan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan prinsip hidup anda.
Cubalah cari insan yang mampu mengingatkan anda tentang prinsip-prinsip tersebut, terutamanya suami anda. Bila anda sentiasa ingat tujuan dan prinsip anda, insya Allah jalan hidup anda akan terbuka luas ke arah kejayaan.

7. Membantu insan lain yang memerlukan bantuan anda.
Andalah pengurus kehidupan anda, dan pengurus rumahtangga anda, carilah masa untuk memahami insan-insan disamping anda. Carilah juga masa untuk anda membantu insan-insan lain yang perlukan bantuan anda, sebagai contoh, membantu menjaga anak jiran anda ketika beliau memerlukan bantuan.
Jika anda mempunyai lebih masa, cubalah wujudkan program-program yang boleh membantu insan lain disekeliling anda, terutamanya jiran tetangga anda.

8. Hilangkan perasaan risau.
Elakkan daripada memikirkan tentang perkara-perkara negatif yang telah anda lakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Lupakanlah ia kerana ia telah berlaku dan tidak mungkin diubah kembali, teruskan kehidupan anda dengan semangat baru serta tekad tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.
Insan-insan lain yang terbabit juga akan melupainya bila masa berlalu.
Elakkan daripada terlalu memikirkan perkara-perkara negatif, kerana ia mampu menghilangkan seri wajah anda.

9. Lihat dalam cermin dan senyum.
Kajian menunjukkan setiap gerakan otot muka akan direkodkan sebagai perasaan tertentu oleh otak kita. Apabila anda melihat ke dalam cermin dan senyum, anda mampu membangkitkan perasaan lebih gembira dan lebih berkeyakinan dalam jangka masa panjang.
Sebaik-baiknya bacalah doa ketika melihat cermin, agar kegembiraan tersebut dihiasi dengan akhlak yang mulia.

10. Luahkan perasaan anda.
Usahakanlah untuk meluahkan perasaan anda kepada insan yang memahami anda. Sekiranya anda tidak mampu, maka tulislah...Luahkan segala perasaan gembira, sedih, risau, takut diatas kertas. Biarkan ia keluar daripada diri anda, kemudian lupakannya.
Apa yang paling penting, ia dapat mengelakkan anda terfikir-fikir lagi tentang perkara-perkara yang tidak perlu tersebut.
Sebagai seorang Islam, kita diajar untuk memohon maaf bila melakukan kesalahan, begitu juga kita diajar untuk bertaubat serta menyesali kesilapan itu. Jadi bila kita menyedari bahawa kita telah berbuat silap cepat-cepatlah bertaubat ataupun memohon maaf daripada insan yang terbabit.

Setiap usaha yang anda lakukan akan membangkitkan keyakinan dalam diri anda, buat masa sekarang ataupun pada masa hadapan. Jadi mulakanlah seberapa segera untuk melakukan rutin yang bermakna dalam hidup anda.
Moga anda berjaya mencapai impian anda sebagai seorang surirumah yang hebat.

#Alhmadulillah sya bangga menjadi surirumah melihat anak-anak membesar depan mata.. baik buruk mereka sume dari saya sendiri ... keburukkan mereka cermin buat diri sya utk berubah keburukkan diri menjadi yg lebuh baik.. Insyallah :)

 

05 June 2013

Kerja SuriRumah Sebagai Meditasi

Hari ini saya berniat untuk berkongsi satu tips yang amat berguna buat surirumah dalam mengurus rumahtangga, iaitu menjadikan rutin rumahtangga sebagai satu teknik meditasi.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa berada dirumah sebagai surirumah boleh menyebabkan tekanan emosi bagi wanita yang kurang pandai mengurus diri.
Ketika itu kita akan terasa bahawa tugasan kita begitu banyak, daripada membersih, mengemas, memasak, menjaga anak-anak. Semuanya kita akan lakukan secara berulang-ulang tanpa ada pilihan, kadang-kadang kita terpaksa melupakan waktu untuk diri sendiri.
Apa kata kali ini kita cuba melihat segala tugasan kita daripada sudut lain, iaitu jadikan ia sebagai satu teknik meditasi yang mampu memberi ketenangan kepada kita.
Insya Allah jika ia dipraktikkan setiap hari, ia akan menjadi satu rutin yang menarik untuk diamalkan serta disebarkan.
Dalam masa yang sama kita akan mampu menjimatkan masa kita, iaitu bila kita memanfaatkan tugasan harian kita sebagai teknik meditasi, kita akan terasa lebih tenang. Malah tugasan seharian kita dapat dilaksanakan dalam keadaan teratur dan terancang.
Sebagai contoh, membasuh pinggan-mangkuk boleh dilakukan secara tergesa-gesa ataupun sebagai meditasi, iaitu kita lakukan secara tenang dan fokus.
Begitu juga membersih dan mengemas rumah sama ada mengemop, mengelap, menyapu ataupun menggunakan vacuum cleaner boleh dilakukan mengikut citarasa kita, secara tergesa-gesa ataupun kita lakukan sebagai satu teknik meditasi.
Diantara teknik yang boleh kita amalkan sebelum memulakan tugasan tersebut ialah:
1. Cuba imbangkan tubuh dan fokuskan fikiran kepada tugasan tersebut.
2. Pastikan kita memilih apakah yang ingin dilakukan dengan tepat, kemudian barulah mulakan tugasan tersebut.
3. pastikan kita memberi tumpuan sepenuhnya serta hayati setiap gerakan kita semasa melakukan tugasan tersebut.
4. Berikan juga perhatian pada kaki, perut, bahu dan belakang kita, serta bayangkan setiap pergerakan kita bermula daripada tengah badan.
5. Cubalah lakukan secara terbaik serta fokus, serta elakkan daripada melakukannya secara tergesa-gesa ataupun jalan pintas.
6. Fokuskan pemikiran sepenuhnya semasa melakukan gerakan tugasan tersebut, lupakan segala masalah lain.
7. Bila dilakukan secara fokus dan tenang, kita akan mampu menyiapkan tugasan lebih cepat serta lebih baik hasilnya. Kesan lainnya ialah kita akan berasa lebih tenang pada akhirnya.
Sebenarnya jika kita pandai mengambil peluang untuk mempraktikkan meditasi semasa melakukan tugasan seharian kita, kita akan mahir dalam melaksanakan tugasan kita tanpa meninggalkan kesan negatif dalam diri kita. Oleh itu cubalah untuk memfokuskan kepada proses melaksanakan tugasan seharian kita.
Sebagai contoh, seorang surirumah yang memberi tumpuan penuh semasa membersihkan habuk dirumahnya akan mampu menyiapkan kerja tersebut dengan cepat, serta beliau akan mampu mengekalkan kestabilan emosi sepanjang melakukan tugas tersebut.
Namun begitu pastikan tiada sesiapa mengganggu kita semasa kita fokuskan perhatian kita untuk menyiapkan tugasan tersebut. Jika anda memiliki anak kecil, pastikan meditasi tersebut dilakukan ketika anak-anak tidur ataupun ada orang lain menemani mereka.
Moga kita mampu memberikan yang terbaik buat keluarga yang kita sayang, dengan melakukan dua dalam satu tugas...jadikan kerja rumah sebagai meditasi seharian kita.
Jika anda inginkan kesan yang lebih baik, gunakan masa tersebut untuk berzikir apa-apa zikir yang disukai ataupun mana-mana asmaul husna. Ini kerana zikir akan memberi kesan lebih baik untuk tubuh dan emosi kita.
Sama-samalah kita amalkan agar tugasan kita lebih bermakna buat diri dan keluarga. Janganlah kita menganggap kesibukan menghalang kita daripada memberi masa buat diri.
Moga kita dapat beroleh ketenangan dalam melaksanakan tugasan kita. Amiin.

DAN INGAT !!

 


01 May 2013

Jgn Malu Berubah, Kawan :)

Mungkin sekarang neh Eija suriani lebih byk post di FB unsur2 agama ... ia kebykkan utk diri sendiri dan utk anak2 .. dan mungkin ada kwn-kwn jua tersentuh dgn post saya..Alhamdulillah

Jgn sgka alimnya diriku,aku jgk spt mu sdg mencari2 sinar cahaya bt menerangi sepanjang jalan hidup ku ini

Jangan malu nak BERUBAH.
Biarlah orang nak cakap kita ni
bajet alim ke ustaz/ustazah ke,
sekurang²nya kita sedar kita
ni banyak dosa & makin lalai...
dan yang paling penting kita ada usaha nak berubah....

01 April 2013

mencari muslimah dalam diri

sejak taahun lepas saya makin berniat mendalami islam yg dahulu sangat2 cetek ilmunya.. Ya Allah tahun ne 2013 anak kedua saya masuk sek.Agama Al Masyoor ..syukur Alhamdulillah.. kelihatan kami berdua makin mengejar ilmu mendalami muslimah ne makin kuat :)

Daripd Abdullah bin Abbas ra brkata: Rasulullah saw bersabda " Ada dua jenis nikmat yg slalu disia-siakn olh sbhgian besar manusia, iaitu nikmat SIHAT dan nikmat KELAPANGAN MASA"( H.R Bukhari)

Ramai yg x sedar kbsaran kedua- dua kedua2 nikmat ini kecuali stlh terlmbt dn terluput waktunya. Ramai yg buang masa, duduk bersenda2 mnghbskn ms yg tdk faedah, mls buat ibadah yg sbnrnya bkn pyah sprt bc quran dn zikir sdgkn ia blh d lakukn smbil memandu kereta bhkn blh smbil bekerja nmun mlas dn segan sgt susah d buang. Ramai yg kbh suka mndengar muzik drpd ingt Allah,, begitu jgk kesihtn yg baik tdk d gunakn utk taat dn aml2 kbjikkan


# syukur kita masih di beri masa utk memuslimahkan diri sebelum ajal menjemput.. wahuallam 

01 March 2013

Anak-anak Eija Suriani

Alhamdulillah di beri 3 anak makin membesar neh... melihat merika tidur atau bising bergaduh-gaduh manje sesama mereka maka terlintas di hati saya " syukur Alhamdulillah di kurniakan anak-anak yg sehat dan makin membesar kini" :)

sulung = 16 tahun MUHAMAD HAFIZ

kedua = 13 tahun FATIN NABIHAH

ketiga = 7 tahun FATIN NURALISHA

sekecil yg baru bersekolah darjah satu neh yg paling byk ragamnya.. tp kesekolah tak de mslh awal-awal dah siap .. pukul 11 pagi jer dah bersiap dan tak habis-habis ingatkan saya waktu dari masa ke semasa ..hehehe

anak yg kedua tahun ini ke sekolah menengah agama Al Masyoor pulau pinang neh.. Alhamdulillah dia makin mencari muslimah dlm diri ia... sehingga sinar muslimah itu pun mengejari saya.. Alhamdulillah Mama dan Anak sama-sama berubah dan belajar mencari muslimah dlm diri sendiri dan bertukar sedikit demi sedikit cara hidup kami :)

anak sulung tahun ini SPM menantinya.. mmm dia budak baik insyallah... tp mungkin akedemik dia lemah sedikit ... tapi saya yakin setiap kelemahan ada kelebihannya... saya tak pernah putus memberi inspirasi buatnya. selagi ada waktu belajar dia perlu selesaikan umpama bergempur dlm peperangan nak.. pelajar dunia dia kini hanya di sekolah itu pelajaran dia dan akan ada seterusnya di dunia2 akan dtg... saya hanya berdoa moga dia kuat dan tabah menghadapinya ... usia yg makin dewasa neh dia kerap di uji keremajaan nya.. tiada doa dan nasihat saya dan suami utk dia hanya harap dia bijak berfikir dan menjadi seorang yg jujur dan beriman.. Amin


sikit sebanyak mengenai anak-anak Eija ..mohon rakan-rakan beri doa utk mereka agar berjaya di dunia dan akirat ..insyallah :)