Showing posts with label Ilmu Allah Dan Rasullah. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Allah Dan Rasullah. Show all posts

12 April 2014

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh

qunut
 
Cara bacaan doa qunut. Umum mengetahui doa qunut dibaca pada iktidal rakaat kedua waktu solat subuh. Hukum membaca doa qunut adalah sunat ab'ad (sunat yang dituntut).

Doa qunut:

Qunut Subuh
Bacaan Doa Qunut

Bacaan Rumi:

Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.



Maksudnya:
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau

(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Jika anda menjadi imam, anda perlu membaca dan mengubah kalimah tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada kalimah-kalimah tersebut hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya  dengan amin sahaja. Kalimah kalimah tersebut ialah :

"Allah humah dini" kepada  "Allah humah dina"

"Wa'a fini " kepada "Wa'a fina "

"Watawallani" kepada "Watawallana"

"Wabarikli"  kepada "Wabariklana"

"Waqinii" kepada "Waqina"

12 November 2013

Rukun Solat ››part 4

Alhamdulillah. Ini merupakan bahagian terakhir untuk Rukun Solat. Mari kita lihat:

Duduk antara dua sujud(Rukun ke-8)




Jari kaki anda hendaklah dilipatkan(kecuali mereka yang berisiko patah tulang dan sebagainya) seta mengadap Kiblat.
BACAAN:

Duduk Tahiyyat Akhir(Rukun ke-9)




Jari kaki dalam keadaan sama seperti gambar duduk antara dua sujud di atas


Membaca bacaan Tahiyyat Akhir(Rukun ke-10) 
DAN 
Membaca selawat ketika duduk Tahiyyat Akhir selepas membaca bacaan tahiyyat akhir (Rukun ke-11)


Salam(Rukun ke-12)



Tertib(Rukun ke-13)



Alhamdulillah selesai sudah pos tentang Rukun Solat. Mari kita didik diri kita untuk menyempurnakan solat. Moga solat kita diterima Allah. Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Berapa banyak orang yang berdiri(melakukan solat, sedang) bahagiannya dari solat itu hanyalah penat dan lelah."
Hadith ini diriwayatkan oleh An-Nasa'i dan Ahmad daripada Abu Hurairah. Al-Hafiz Al-Iraqi berkata: Isnadnya Hasan.

Bole semak Rukun dri awal di sini :-

Rukun solat ››part 1
Rukun solat ››part 2
Rukun Solat ››part 3

Rukun Solat ››part 3

Kali ini saya ingin menyentuh rukun solat seterusnya iaitu SUJUD dan tama'ninah. Jika anda terlepas untuk membaca rukun-rukun solat yang lepas, boleh rujuk di sini:
Jom tengok...


Lutut perlu berada di atas tanah. Semua jari kaki anda perlu dilipat(kecuali yang ada masalah tulang patah atau lain-lain yang boleh menghalangnya untuk melipatkan jarinya). Jari kaki mengadap kiblat.

Kepala dan tapak tangan juga perlu kena dengan tanah, jangan terlalu rapatkan jari dan jangan terlalu rengangkan jari. 
Kemudian, bacalah 
subhaana rabbiyal-a'laa wabihamdih

Maha suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya

Kemudian, tama'ninah.. bermakna tunggu sebentar. Untuk berapa lama? Kadar masanya seperti mengucapkan kalimah subahanallah..

Semoga anda semua dapat menyempurnakan rukun solat anda. Selamat mencuba.

Rukun Solat ››part 2


Pada kali ini kita teruskan dengan rukun solat seterusnya iaitu RUKU' serta toma'ninah..


Para pembaca yang saya hormati, pastikan Ruku' kita dilakukan dengan sempurna. Seeloknya lebih baik daripada gambar di atas. Kedudukan badan kita perlu berada dalam bentuk L dan tangan pula perlu diluruskan(seperti gambar di atas). Lagi satu, tapak tangan perlu diletakkan atas kepala lutut kita. 

Lepas Ruku', jangan lupa toma'ninah. Apa itu toma'ninah? Toma'ninah itu adalah tunggu sebentar. Dah ruku', jangan terus bangun. Nanti tak sah solat!! Sebaliknya, tunggulah sebentar sekurang-kurangnya mengikut kadar satu nafas. Tak lama pun. Allah tak nak kita buat ibadah dalam keadaan tergesa-gesa.. Solat perlu dilakukan dalam keadaan tenang.. ^_^


Rukun solat seterusnya, I'tidal serta toma'ninah..

Bangun semula dalam keadaan berdiri tegak, serta toma'ninah...


Semoga pos yang pendek ini dapat memberi pengajaran untuk kita semua. Belajar perlahan-lahan dan cuba amalkan ye.. Semoga Allah merahmati anda semua. Sesungguhnya Ilmu itu percuma, sebarkan ilmu ini kepada orang yang tidak tahu..

Rukun Solat ››part 1

Assalamu'alaikum.. mari kita lihat cara-cara solat dengan sempurna. Hendaklah kita jauhkan diri dari rasa "dah cukup amalan/ilmu" kerana kita masih perlu terus belajar dan belajar lagi selagi mampu. Mana la tau ada silap kat mana-mana bahagian kan? Berikut merupakan rukun solat:

1) Berdiri tegak

pandang ke arah tempat sujud, luruskan tangan ke bawah


Ketika ini, hendaklah pastikan tangan lurus ke bawah, jari-jemari kaki mengadap kiblat, kedua-dua belah tumit kaki sama dan mata mengadap ke tempat sujud.

jari kaki mengadap kiblat

tumit kaki perlu sama, tidak boleh salah satu kaki terlalu ke depan atau belakang

2) Niat
Hukum bagi melafazkan niat adalah sunat. Namun, wajib pasang niat dalam hati. Contoh lafaz niat:


NIAT SOLAH SUBUH
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana Allah taala.


3) Takbiratul Ihram

Ibu jari tangan perlu berada paras hujung telinga kiri dan kanan. Hukum bagi mengangkat takbir adalah sunat. Namun, adalah rukun untuk melafazkan takbit ketika Takbiratul ihram:



4) Membaca Surah Al-Fatihah
Sebelum itu, adalah sunat bagi meletakkan tangan di atas perut. Mengikut mazhab Imam Syafi'e, tangan perlu diletakkan atas daripada paras pusat dan bawah paras dada. Hukum perkara ini adalah sunat. Contoh:




Selepas itu, bacalah surah Al-Fatihah dengan hukum tajwid yang betul. Jangan ambil ringan akan surah ini.

Ok, rasanya sampai sini sahaja dulu. Belajar sikit-sikit dahulu. Teruskan usaha ke arah kesempurnaan!!
Sumber Rujukan: Mari Sembahyang(Laki-Laki), Ahmad Sonhadji Mohamad

Jangan Keliru: Sunat dan Sunnah Perkara Berbeza!

Assalamu'alaikum.. alhamdulillah diberi kekuatan untuk terus menulis.. kali ni nak sentuh isu sunat dan sunnah.. apa bezanya..?

Muslimin dan muslimat,

SUNAT adalah nama salah satu hukum dalam ISLAM.. manakala
SUNNAH adalah setiap perbuatan, perkataan, perilaku dan apa2 yang bersandarkan kepada Rasulullah S.A.W. SUNNAH juga merupakan pegangan kedua kita selepas Al-Quran..

kalau ada jumpa ustaz cakap,:  

"hukum untuk buat benda tu adalah sunnah" 


maka dengan itu, betulkanlah kata2 ustaz tersebut, terangkan kepadanya.. 
"ustaz, dalam hukum Islam mana ada SUNNAH tapi SUNAT adala.. mungkin ibadah tersebut adalah amalan yang pernah dilakukan Rasulullah, maka perbuatan kita akan menjadi SUNNAH dengan niat nak ikut cara Rasulullah"


Muslimin dan Muslimat sekalian,

Perkara SUNAT kalau ditinggalkan tidaklah berdosa... tetapi kalau kita tinggalkan SUNNAH, pegangan kita akan jadi tak lengkaplah.. pegangan agama kita tak kuat.. macam juga kita tinggalkan Al-Quran, boleh sesatkan? Umat sekarang ni, mereka jatuh bukan sebab tinggalkan perkara SUNAT, tapi SUNNAH... jadi perbetulkan persepsi...

Bukan saya nak cakap tinggalkan SUNNAH terus berdosa, sebagai contoh, meratakan air pada anggota wudhu' sebanyak 3 kali.. Perbuatan itu SUNAT dan SUNNAH.. maka kalau tinggal tak berdosa, tapi malangnya kita  tinggalkan SUNNAH.. jadi, kita rugilah..

TAPI ada gak SUNNAH yang wajib dilakukan.. contohnya solat fardhu.. hukum solat fardhu adalah WAJIB. Solat fardu juga SUNNAH sebab Nabi Muhammad juga buat perkara itu.. jadi betapa mulianya orang yang mengerjakan solat fardhu dan betapa teruknya bagi orang yang meninggalkannya..

Oleh itu, saya harap anda semua faham.. kalau tak faham, silalah bertanya... nak tegur pun boleh..




22 July 2013

NAMA SYAITAN DALAM SURAH AL-FATIHAH, HATI-HATI.


al fatihah

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan;
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA ......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

03 July 2013

Kelebihan Membaca Kalimah Bismillah


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ‘BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM’ yang bermaksud ‘Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha   Penyayang’


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.   Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap   wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. ‘BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ‘ (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL  Muddatsir: 30). Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.

Selamat Beramal....

21 June 2013

Puasa terbahagi kepada dua bahagian Sunnah & Bidah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين ، سيدنا محمد وعلى آلهِ وصحبه أجمعين
Puasa Sunat Nisfu Sya'ban
  
Puasa terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Wajib:
i. Fardhu Ramadhan
ii. Nazar & Kaffarah 

2. Sunat:
i. Tak berMusim:

- Puasa Dahr.
(sepanjang tahun)
- Puasa Nabi Daud
(1hari puasa 1hari tak)
ii. BerMusim
- TAHUNAN:
= Arafah (9Zulhjh)
= Tarwiyah (8Zulhjh)
= 1-7 Zulhjh.
= Asyura' (10Muharm)
= Tasua' (9Muharm)
= Puasa 6
= Puasa Bulan Haram
Zulkaedah
Zulhijah
Muharram
Rejab
= Puasa Sya'ban
- BLANAN, 3hari setiap
bulan, sama ada:
= 13hb&14hb&15hb
(Aiyamul Baidh)
= 27hb&28hb&29hb
(Aiyamus Sud)
= 1hb&15hb&29@30hb
(awal, tengah&akhir)
- MINGGUAN,
Puasa Isnin & Khamis

Dari apa yg kita sebutkan tadi dapat kita katakan:
Tiada puasa sunat yg dinamakan Puasa Sunat Nisfu Sya'ban.
Namun begitu tidak boleh juga kita katakan haram @ "bid'ah" puasa di hari itu, kerana ia tidak termasuk di antara hari yg haram puasa. 

Oleh itu puasa lah kpd yg nak puasa pda hari itu, cuma NIAT kena betol, iaitu:

1. Puasa Bulan Sya'ban @
2. Puasa 1hari dari Aiyamul
Baidh.
3. Puasa Isnin & Khamis
(kalau kebetulan ianya
jatuh pda hari itu)

Contoh Niat:
Senghaja aku puasa sya'ban, aiyamul baidh & isnin kerana Allah Taala
Penjelasan dari   
Ustaz Zahazan Mohamed

25 May 2013

:: Istilah-istilah dalam Ilmu Mustalah Hadith ::

Ilmu Mustalah Hadith 
Ilmu mengenai kaedah atau usul yang dapat dikenali dengannya hal ehwal sanad dan matan dari segi penerimaan atau penolakannya.

Hadith
Segala apa yang disandarkan kepada Rasulullah saw sama ada percakapan, perbuatan, diam, setuju atau sifat-sifat baginda sama ada sifat zahir atau batin.

Sunnah
Sama maksudnya dengan hadith.

Khabar
maksudnya lebih umum daripada hadith, meliputi apa yang diriwayatkan dari nabi saw dan selainnya.

Athar 
Sesetengah ulama berpendapat, ia merujuk kepada kata-kata sahabat ra.

Hadith Qudsi 
Hadith yang lafaznya adalah daripada Nabi saw manakala maknanya daripada Allah swt sama ada melalui mimpi atau ilham.

Sanad
Rangkaian perawi atau jalan yang menyampaikan kepada hadith.

Matan 
Lafaz-lafaz hadith yang membentuk pengertian

Isnad  
iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata."

Musnid
Orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

Musnad
Kitab-kitab hadith yang disusun mengikut nama para sahabat yang menyampaikan hadith.

Musannid:
iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

Muttafaq ’Alaih
Hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Muhaddith
orang yang mahir dengan hadith dan menghafal kurang daripada 100000 hadith.

Al Hafiz
Menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.

Al Hujjah
Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300000 buah hadith termasuk matan, sanad, jarh, ta’dil dan sejarahnya. 

Al Hakim 
Darjat tertinggi di kalangan ahli hadith. Mengetahui segenap hal berkenaan hadith, menghafal lebih daripada 700000 buah hadith.

Mutawatir 
Hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang mana tidak munasabah mereka bersepakat untuk berdusta terhadap hadith nabi.

Ahad
Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau lebih tetapi tidak mencapai darjat mutawatir.

Asal sanad
terdiri drp para sahabat.

Awal sanad
Perawi yang terakhir seperti Imam Bukhari.

Akhir sanad (Muntahāhu)
terdiri drp para sahabat.

Al Lāhiq
Perawi yang terkemudian meninggalnya.

Al Sābiq
Perawi yang lebih awal meninggalnya.

Ilmu Jarh wa Ta’dil
Ilmu yang membincangkan tentang kualiti para perawi hadith.

Ilmu Ma’rifat al Sahabah
Ilmu pengenalan tentang sahabat.

Ilmu Tarikh al Ruwat  
Ilmu yang membahaskan tentang sejarah hidup para perawi, tempat lahir, tarikh lahir, kematian, mazhab yang diikuti, negeri yang pernah dilawati danapa-apa yang berkaitan dengannnya.

Ilmu Masikh Mansukh
Ilmu yang membahaskan tentang hadith yang telah dinasakhkan dan hadith yang menasakhkan.

Ilmu Gharib al Hadith
Ilmu yang menerangkan tentang perkataan yang terdapat dalam matan hadith di mana ia sukar difahami maknanya.

Ilmu ’Ilal Hadith
Ilmu yang membahaskan tentang kecacatan yang tersembunyi dalam hadith dan ia boleh mencacatkan hadith tersebut.

Al Jarh 
Menyebutkan sesuatu keaiban yang terdapat pada seseorang rawi yang boleh menyebabkan hadith yang diriwayatkannya tertolak.

Al Ta’dil
Menyifatkan seseorang hadith dengan sifat-sifat yang menyebabkan dia dinilai sebagai adil dan menjadi asas penerimaan hadith yang diriwayatkannya.

Istikhraj dan Ikhraj 
iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya.

Riwayat
iaitu memindahkan hadith dari  seorang kepada seorang yang  lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.

24 May 2013

Cara tunjuk Rasulullah !



Kalau kita buat presentation sebagai salah satu contoh acara formal, mesti kita dikehendaki menggunakan ibu jari sebagai jari telunjuk. nampak bukan betapa hebatnya pengaruh barat. Tetapi tahukah anda cara terbaik untuk unjuk adalah dengan menggunakan jari telunjuk kerana ia adalah sunnah Rasulullah. Saya ambil petikan di bawah untuk dikongsi bersama.


Cara tunjuk Sunnah Rasulullah

Cara tunjuk Sunnah Rasulullah
Assalamualaikum wbt.
Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.
Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.
“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”
Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.
“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.
“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”
Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.
“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”
“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”
Ustaz mengangguk dan beredar.
—————————————————————
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.
Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#