02 October 2015

-> Kita sedang derhaka

Kita beli baju jenama terkemuka
Untuk ibu bapa, baju di pasar malam sahaja

Kita naik kereta sini sana
Ibu bapa naik bas atau teksi sahaja

Kita makan enak di restoran terkemuka
Ibu bapa sekadar makan apa yang ada

Kita melancong keliling dunia
Ibu bapa dibiar di kampung sahaja

Kita ada masa untuk kekasih
Ibu bapa kita biar tersisih

Kita bergaya bagai diva
Ibu bapa bajunya itu-itu sahaja

Kita makan lauk penuh meja
Ibu bapa di kampung ikan belum tentu ada

Kita sedekah pada fakir
Kebajikan ibu bapa kita tidak pernah mahu fikir

Kita segak cantik bergaya
Ibu bapa dibiar selekeh sahaja

Kita shopping tidak kira masa
Ibu bapa ikat perut berbelanja

Kita bersembang dengan rakan berjam-jam tidak dirasa
Hubungi ibu bapa? Berbual seminit terasa lama.

Kita selalu mengeluh tidak cukup belanja
Untuk ibu bapa diberi sekadar ada
Untuk diri sendiri, belanja tak ingat dunia
Baju cantik bergaya, beg jenama terkemuka, kasut bertukar sahaja.

Hitunglah duit gaji besar mana
Hatta poket seciput sahaja
Untuk berseronok, kita ikhtiar bagaimana cara
Untuk berbakti kepada ibu bapa, kita nampak beban sahaja!

Gaji kecil kita mengeluh malam sampai pagi
Tapi berbelanja untuk diri itu sudah semesti
Untuk ibu bapa; itu belum pasti

Gaji besar juga belum tentu cukup
Nafsu belanja boleh buat lingkup
Untuk ibu bapa; mesti tidak cukup

Jangan bicara tentang syurga
Kalau ibu bapa kita abai sahaja!

Jangan kejarkan amalan sunnah
Kalau ibu bapa kita buat tak endah!

Jangan sibukkan bekal akhirat
Kalau ibu bapa kita biar melarat!

Kita sedang derhaka
Kita sedang menuju neraka!

Muhasabah diri ... kita anak mudah terlupa😢

Jgn lupa sedekahkan Al fatihah buat kedua ibu bapa kita setiap pagi. Mudah mudahan terbuka pintu rezeki untuk kita.

Doa untuk ibu bapa jangan putus. Selagi mana hayat dikandung badan. Jgn pernah lupa kedua ibu bapa kita.

Sayang mak siti fatimah dan arwah bapak mohamed saad till jannah💕




0 comments:

Post a Comment