PETI sejuk dikatakan pemudah kerja setiap keluarga pada zaman ini.
Ia banyak memudahkan kerja, menjimatkan masa, tenaga dan wang.
Peti sejuk memang menjadi kesayangan setiap wanita sama ada yang
berkerjaya ataupun suri rumah tangga. Ia juga dikatakan penyelamat
daripada melakukan pembaziran.
Lebihan makanan memang
sentiasa memenuhkan peti sejuk. Ketika membuat pembersihan, ada yang
mendapati ada makanan yang disimpan sudah tamat tempoh, berkulat
mahupun berubah bentuknya. Ini berlaku kerana ketika hendak menyimpan
makanan itu kita selalu menyangka, peti sejuk adalah penyelamat dan
pelindung makanan terbabit.
Benarkah peti sejuk penyelamat dan
pelindung makanan kita? Berapa lama lebihan makanan boleh disimpan di
dalam peti sejuk? Bolehkah kita menikmati sayur dan lauk-pauk semalam
pada keesokan harinya?
Jangan
memperjudikan kesihatan diri dan sekeluarga hanya semata-mata kerana
kita sangat mempercayai peti sejuk. Tahukah anda, kita sebenarnya tidak
boleh menyimpan makanan yang dimasak di dalam peti sejuk lebih daripada
empat hari? Tidak kira ia sekadar sayur, nasi, ikan, daging ataupun
puding.
Ini
kerana walaupun kita menyimpan lebihan makanan itu di dalam peti sejuk,
tidak bermakna makanan itu tidak menjadi rosak. Bakteria membiak
perlahan di dalam suhu sejuk tetapi ia masih ada. Ia seperti memandu
laju ataupun memandu perlahan ke destinasi yang sama. Perjalanannya
tetap ada cuma cepat atau lambat saja sampai ke tempat yang dituju.
Untuk
menyelamatkan makanan selama yang boleh, kita kena memastikan makanan
yang hendak disimpan ke dalam peti sejuk dimasukkan dalam masa dua jam
selepas ia dimasak.
Ada makanan yang rosak lebih cepat
daripada yang lain. Mayonis contohnya, mudah rosak dalam masa dua bulan
walaupun berada di dalam peti sejuk selepas botolnya dibuka. Makanan
bayi juga cepat rosak walaupun baru sehari disimpan. Jadi pastikan
setiap botol yang sudah digunakan ditandakan tarikhnya supaya ia tidak
memudaratkan keluarga.
Sangat berbahaya apabila kaedah perubahan
rupa dan bau tidak dapat digunakan bagi menentukan makanan itu masih
elok atau tidak. Banyak makanan seperti mayonis, makanan bayi dan piza
masih kelihatan cantik, tidak berbau dan rasanya sedap walaupun
sebenarnya ia sudah rosak.
Sangat elok jika kita mempunyai
perasaan risau dengan tahap keselamatan makanan itu kerana sekiranya
kita sentiasa menganggap ia masih selamat, dikhuatiri kita mudah
mendapat keracunan makanan.
Untuk memastikan makanan boleh
disimpan lebih lama, boleh saja menyimpan ia di bahagian dingin beku.
Makanan yang didingin beku boleh tahan beberapa hari lebih lama
daripada di tempat sejuk biasa.
Suhu di dalam peti sejuk pula
mesti kekal antara 33 hingga 40 darjah Fahrenheit (0.5 hingga 4.4
darjah Celsius). Bagaimanapun, bukan semua bahagian di dalam peti sejuk
mampu mengekalkan suhu sebegitu. Semakin ke dalam, semakin sejuk
suhunya berbanding di bahagian luar berdekatan pintu.
Jadi,
pastikan meletakkan makanan seperti telur, susu, keju dan lebihan
makanan lain di bahagian yang lebih dalam. Letakkan makanan yang tidak
perlu suhu sejuk seperti air di bahagian depan.
Lebihan makanan
hanya boleh disimpan di dalam peti sejuk selama empat hari kerana ia
mengurangkan risiko terkena keracunan makanan. Sekiranya anda rasa
tidak mungkin menggunakannya semula dalam masa empat hari, dingin
bekukan segera.
Keracunan makanan dapat dielakkan sekiranya kita
memasak dan menyimpannya dengan cara yang betul. Paling penting,
makanan seperti daging, ayam, ikan, susu dan telur tidak dibiarkan
berada di dalam suhu bilik (32 darjah Celsius) lebih daripada sejam.
Makanan
yang tidak melalui proses masakan seperti salad dan sandwic harus
dimakan segera ataupun dimasukkan ke dalam peti sejuk bagi meminimumkan
pembiakan bakteria.
Sebelum memakan lebihan makanan yang
disimpan di dalam peti sejuk, panaskan ia di atas dapur atau ketuhar.
Periuk api perlahan atau penghidang makanan yang mempunyai pemanas
tidak digalakkan untuk memanaskan lebihan makanan daripada peti sejuk.
Supaya anda tidak perlu menyimpan lebihan makanan:
2 comments:
nice tips..time kcih sbb share..:)
Alhamdulillah..temasih singgah baca ye dik <3
Post a Comment