24 June 2013

AKIBAT ONANI DAPAT ANAK DENGAN JIN

Euewwwww...nauzubillah..
AKIBAT ONANI DAPAT ANAK DENGAN JIN
http://1.bp.blogspot.com/_ziPJWp4LX_o/SqJMOYVTSfI/AAAAAAAAC6g/NVNwp2miiCQ/s400/jin2.jpg

Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya. Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu.

Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin bernama Azan ini, katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana pun perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka akan ditadah oleh jin-jin betina. Lalu akan disenyawakan benih manusia tadi dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat. Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka berbuat demikian, tak cukup ke jin jantan yang ada?. Namun jawapan dari Azan membuatkan saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya.

Katanya dengan menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih jin betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri dan tabiat manusia. Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan dan kelemahan manusia kerana mereka juga dari benih manusia. Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari percampuran benih inilah yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka sehingga diheret ke neraka kelak.

Kata Azan kepada kami,

“Wahai ahli bai’at (gelaran Azan kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia sewaktu usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani hinggalah mencapai usia 20 tahun.
Jika mereka melakukan seminggu 2 kali berarti sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan dihitung selama 4 tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih mereka disenyawakan dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai 384 zuriat. Kesemua zuriat ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi di Masyar sebagai anak-anak kepada si pelaku onani tadi.”

8 comments:

Anonymous said...

gilo.. boleh cayo ko dop ni? kalau mcam tu.. aku dah ada beratus2 anak..

siti ZAHARA said...

sbb tu ALLAH melarang kita melakukn perkara yang sia2..

Eija Suriani said...

who knows... atau mungkin jin betina tu belum terpikat dgn ko..hehehe

Eija Suriani said...

hehe yup.. rs2 nafsu terlmpau nikah je..islam ini mudah

eyja ghani said...

Hahahah.... seramnyer. Info bagus bg yang suka beronani tu yea..

TeTo YakSa said...

Kalau dpt anak jin siap dgn harta bgs jugak tu.. mcm crita ahmad albab la pulak.. hahaha

Eija Suriani said...

hehehe.. ini harta AHMAD ALBAB yg punya :)

Eija Suriani said...

itu laa ,,, sambil2 kelip2 mata sebelah :)
ops

Post a Comment