Penyakit PELIK muda-mudi.
Kalau
kita keluar bersiar-bersiar di ibu kota , pastinya kita tidak akan
terlepas dari melihat ragam anak-anak belasan tahun. Di sini saya
senaraikan antara penyakit unik yang berbahaya pada anak-anak remaja
sebagai panduan untuk kita semua agar menjauhinya.
1-Penyakit cintan-cintun
memang
sudah lumrah, apabila kita meningkat remaja.perasaan cinta itu ada
dalam diri . Tapi cinta itu satu perkara suci, cantiknya cinta itu
kalau kita pelihara. Ini tidak , kita bercinta dengan pasangan kita
macam comfirm je nak kahwin. Lepas itu siap ada anniversary. Kan indah
kalau kita simpan semua itu untuk cinta kita yang sebenar. Lagi
best,Kalau kita bercinta dengan Allah.
2-Penyakit Attention seeker
Penyakit
attention seeker ini penyakit yang parah. Ibu bapa mestilah pantau
anak-anak sekiranya mereka ada penyakit ini. Remaja yang mengalami
attention seeker ini selalu mahukan perhatian dari orang sekeliling .
Ingatlah, Allah itu ada. Allah itu sentiasa sayang kita , sentiasa bagi
attention kat kita.
3-Penyakit berlagak seperti ada di Bumi New york
Remaja
seperti ini suka bersosial sehingga melampau-lampau batasnya. Auratnya
pula MasyaAllah tidak terkata. Kemudian mereka menyambut perayaan
seperti orang-orang New York dan mula copy-paste artis-artis Hollywood
kegemaran mereka. Ya Allah ,dekat syurga sana lagi super awesome dari
New york ke Paris ke Hawaii dan sebagainya. Bidadara bidadari kat
syurga tu pun lagi Fantastic dari artis-artis Hollywood.
4-Penyakit gangster
Remaja
seperti ini paling senang nak kenal. Suka mencarut , tidak hormat
orang, suka bergaduh, suka tunjuk samseng , suka merempit dan
sebagainya seperti yang ditunjukkan dalam drama-drama melayu sekarang
seperti KL Gangster,Bohsia dan sebagainya. Sebenarnya remaja ini jenis
remaja yang berguna sekiranya kita bawa dia ke jalan yang benar.
Yela,mereka kan kuat, semangat kental. Mana tau, Kalau ada iman teguh
dalam diri dan dicampur pula dengan kekuatan mereka, Bolehlah kot kita
hantar mereka ke Palestin ke , atau pun biar mereka berjihad untuk
islam sehinggakan tak lama lagi wujud sebuah filem Melayu bertajuk KL
MUJAHID.
5-Penyakit nak tunjuk up-to-date dan mahu glamour
Remaja
seperti ini kadang-kadang mereka ini tahu tentang agama tapi mereka
buat-buat tak tahu atau malas nak ambil tahu. Remaja seperti mereka ini
jenis tak suka duduk rumah . Mereka ini akan melebih-lebih dalam join
aktiviti-aktiviti yang terbaru seperti tarian dan sebagainya. Mereka
ini juga jenis yang suka melepak di pusat membeli-belah seperti
Pavilion,Sungei Wang,KLCC dan sebagainya. Kemudian mereka bangga
sekiranya orang lain tahu mengenai diri mereka dan aktiviti-aktiviti
sosial mereka. Alahai, ingatlah seglamour mana pun orang tu, nanti mati
pakai juga kain kapan yang harga dia RM2.50 semeter yang sama. Kita ni
sebenarnya sama je, Hamba Allah. Baiklah kita jadi hamba Allah yang
up-to-date.Lagi terror!
6-Penyakit terkena kejutan budaya
Remaja
seperti ini paling mudah untuk dikenali . Remaja seperti ini sebenarnya
adalah seorang yang baik dan sopan kemudian tiba-tiba bertukar menjadi
'nakal' disebabkan faktor keadaan,kawan dan lain-lain.Cuba fikir balik
dik,kalaulah setiap minggu kita bertukar dari menjadi muslim kepada
menjadi muslim yang baik kemudian muslim yang super baik dan
seterusnya.Mesti Allah akan sayang kita sangat-sangat.
7-Penyakit i-forgot-la-pasal-islam.
Remaja
seperti ini adalah paling kasihan sekali.Mereka ini suka berparty,
bersosial , pergi ke kelab-kelab malam, minum minuman alkohol,
bergelumang dengan maksiat, tidak solat, lupa cara mandi wajib,
pergaulan sangat bebas dan sebagainya.Ya Allah , cuba bayangkan kalau
mak,ayah,atuk,nenek,bakal anak cucu cicit kita tengok kita. Malu tak??
Inikan pula Allah,sudahlah Allah yang cipta kita, beri kita macam-macam
, kita pula boleh pula lupa pasal islam dan Allah.
Cukup
la ini sahaja senarai penyakit uni anak-anak muda yang dapat saya
ceritakan.Seorang ustaz pernah beritahu saya,solat tu adalah benda
paling penting dalam hidup kita sebab I untuk isyak, S untuk subuh, L
untuk lohor(zohor), A untuk Asar, dan M pula untuk Maghrib dan barulah
kita Islam sebenar.
Allah
itu sentiasa ada untuk kita. Nak berdoa,nak mengadu masalah , nak
memohon sesuatu..Allah itu Maha mendengar . Jadi untuk para remaja ,
zaman muda kita ni bukanlah zaman kita nak hidup jahiliyah tapi inilah
masanya untuk kita start jadi hamba Allah yang paling awesome,super
power,incredible,fantastic dan sebagainya.
Semoga kita dapat menjadi Islam yang sejati!!
0 comments:
Post a Comment