Assalammualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Aku bukan Ustazah.. Namun jauh disudut lubuk hatiku.. aku ingin sekali Muslimah itu menjadiPakaianku~
Setiap
perempuan pastinya ingin menjadi yang terbaik. Namun, seperti bagaimana
ingin menjadi yang terbaik? Walau zahir mereka nampak kabur namun jauh
di lubuk hati mereka ingin berubah. Mereka tidak pinta mereka kabur
namun hati mereka tidak kukuh untuk melangkah keluar daripada zon
selesa yang sedia ada. Apetah lagi, tiada dorongan yang kuat daripada
sekeliling membuatkan mereka hanya membiarkan niat itu usang di dalam
hati tanpa diekspresikan melalui amalan.
“Sesungguhnya agama seseorang adalah bergantung kepada agama (cara hidup) sahabatnya”
Rasulullah SAW sendiri sangat berhati-hati dalam mencari kawan. Jika baik sahabatnya, baiklah juga dirinya dan sebaliknya. Suasana sekeliling itu sangat penting pada diri seseorang dalam proses untuk dia berhijrah ke jalan Allah.
Oleh
sebab itu, kita digalakkan agar berada dalam sekeliling yang baik dan
membantu dalam penghijrahan kita ke jalan-Nya. Jika tidak, melesetlah
hidup kita kerana mereka. Bukanlah bermaksud kita patut menjauhkan
sahabat yang kurang baik tetapi kita digalakkan untuk mencari sahabat
yang baik di sampung menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu
terutamanya untuk sesiapa yang mula ingin mencari nafas baru ke alam
kehidupannya yang baru untuk berhijrah di bumi Jihad hanya kerana Allah.
Namun
masih, perempuan yang kabur zahirnya terus mengaburkan hatinya
sedangkan Allah telahpun membuka hatinya untuk menerima hidayah. Mereka
tidak berusaha untuk mengekspresikan apa yang ingin diubah kepada
amalan. Kerap kali sahaja mereka dinasihatkan untuk berubah ke arah
kebaikan namun mereka terus menerus mengabaikannya sekaligus menutupkan
pintu hati mereka daripada menerima hidayah Allah.
“Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan yang tidak mereka lihat. Allah telah menghantar seseorang untuk menegur, moga dengan itu jika dia menerima teguran, Allah akan lapangkan dadanya dan masukkan taufiq dan hidayahNya. Ada pun yang berpaling dari teguran dan kemudian memarahi orang yang menegurnya, dikhuatiri Allah menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati.”
Tahukah anda? Kerana perempuanlah lelaki boleh masuk Neraka. Perempuan
juga sangat berkuasa kerana menjadi fitnah kepada dunia. Oleh sebab
kekuasaannya itulah mereka dapat memasukkan lelaki ke dalam Neraka.
Terdapat 4 golongan lelaki yang masuk Neraka kerana perempuan:
1. Ayah
Apabila
seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya
di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan
dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
2. Suami
2. Suami
Apabila
seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas
di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan
kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia
seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan
ditarik oleh isterinya.
3. Abang
3. Abang
Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula
abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan
adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan
adiknya di Akhirat.
4. Anak Lelaki
4. Anak Lelaki
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram
dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
Akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.
Wahai anak perempuan,
Tidakkah dikau mengasihani ayahmu. Dia penat bekerja untuk memberi nafkah. Dia besarkan dikau dengan sebaiknya. Dia korbankan penat-lelahnya untuk besarkan dikau. Mungkin juga ayah tidak menekankan dikau dengan ajaran agama tetapi tidak mahukah dikau berubah untuk selamatkan ayahmu di Neraka. Dia juga bukan ahli maksum tanpa dosa tetapi dia juga melakukan dosa. Malahan dia tidak sendiri tidak dapat menampung dosanya yang tersedia ada.
Tidakkah dikau mengasihani ayahmu. Dia penat bekerja untuk memberi nafkah. Dia besarkan dikau dengan sebaiknya. Dia korbankan penat-lelahnya untuk besarkan dikau. Mungkin juga ayah tidak menekankan dikau dengan ajaran agama tetapi tidak mahukah dikau berubah untuk selamatkan ayahmu di Neraka. Dia juga bukan ahli maksum tanpa dosa tetapi dia juga melakukan dosa. Malahan dia tidak sendiri tidak dapat menampung dosanya yang tersedia ada.
“Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke Neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke Neraka.”
Haruskah
dikau menyalahkan ayah semata-mata kerana dia tidak memberi penekanan
yang tegas kepadamu sebagai seorang perempuan? Adakah dikau tidak
menyayangi ayahmu? Sanggupkah dikau biarkan ayahmu masuk Neraka HANYA KERANAMU? Mengapa tidak mahu dikau sendiri yang berubah kerana dikau ingin menjaga ayah daripada ditarik ke Neraka?
Sungguh dikau SANGAT KEJAM kerana
dikau sengaja biarkan ayahmu ditarik ke dalam Neraka. Dia ayahmu, dia
ayahmu, dia ayahmu. Selangkah ayahmu ingin masuk ke Syurga dikau tarik
dia ke Neraka. Selangkah lagi ayah menuju ke Syurga dikau tarik dia ke
Neraka. Kasihanilah ayahmu.
Mungkin dia tidak tegas dalam penekanan didikan agama ke dalam dirimu tetapi sanggupkah dikau biarkan ayah masuk Neraka??
Tidakkah dikau sayang dan kasihkan ayahmu??
Sanggupkah dikau biarkan ayah di Neraka sendirian HANYA KERANAMU??
Dia
ayahmu. Ayah yang membesarkanmu. Dia didik dikau bagai menatang minyak
yang penuh tetapi di Akhirat nanti, dikau biarkan dia di Neraka. Dikau
persalahkan dia kerana kurangnya didikan agama. Sanggupkah dikau?
Wahai isteri,
Suamimu adalah lelaki yang dikau cintai. Dia adalah suami yang dikau telah kahwini. Dialah yang memberimu nafkah, mendidik anak-anak. Dialah yang bersamamu tika dikau susah. Dialah yang memberi kegembiraan ke dalam dirimu tika dikau sedih. Dialah pendorong untuk dikau tabah dan sabar dengan segala kesusahan. Dia penat bekerja mencari nafkah untukmu dan anak-anakmu.
Suamimu adalah lelaki yang dikau cintai. Dia adalah suami yang dikau telah kahwini. Dialah yang memberimu nafkah, mendidik anak-anak. Dialah yang bersamamu tika dikau susah. Dialah yang memberi kegembiraan ke dalam dirimu tika dikau sedih. Dialah pendorong untuk dikau tabah dan sabar dengan segala kesusahan. Dia penat bekerja mencari nafkah untukmu dan anak-anakmu.
Sanggupkah dikau membiarkan dia ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sanggupkah dikau biarkan suami yang dikau cintai ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sungguh
biarpun dia diam dengan dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk
menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri
tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa
bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat
yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.
Wahai adik perempuan,
Abangmu adalah lelaki yang bakal menggantikan ayahmu. Dialah yang akan menjadi pengganti ayahmu mencari nafkah demi keluarga. Dialah yang akan berpenat lelah untuk mencari nafkah. Dia adalah tempat untuk kau mengadu masalah yang pernah kau adukan pada ayah pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila ayah tiada, dialah yang menjadi penggantinya.
Abangmu adalah lelaki yang bakal menggantikan ayahmu. Dialah yang akan menjadi pengganti ayahmu mencari nafkah demi keluarga. Dialah yang akan berpenat lelah untuk mencari nafkah. Dia adalah tempat untuk kau mengadu masalah yang pernah kau adukan pada ayah pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila ayah tiada, dialah yang menjadi penggantinya.
Sanggupkah dikau biarkan abang yang berpenat lelah mengganti ayah mencari nafkah ditarik ke NerakaHANYA KERANAMU??
Sanggupkah dikau biarkan abang yang memanjakanmu ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sanggupkah dikau biarkan abang yang menjadi tempat kau adu ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sungguh
biarpun abang diam dan tidak menegur perilaku dirimu, namun tidak
mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di
Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi
dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah
keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya
untuk menempah tiket ke Neraka.
Wahai ibu,
Anak
lelakimu adalah darah dagingmu. Ibu pasti sayang anak lelakimu kerana
dialah darah dagingmu yang dikau lahirkan, yang dikau belai ketika
kecil, yang dikau suapkan makan, yang dikau berikan keperluan tika dia
perlukan. Ibu, dia anakmu. Ibu pasti sayang dia dengan perasaan sangat
dalam.
Sanggupkah dikau biarkan anak lelakimu yang merupakan anakmu yang sangat disayangi ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sanggupkah dikau biarkan anak lelaki yang dikau lahirkan, suapkan makan dan berikan keperluan, ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sungguh
biarpun dia diam dan tidak menegur perilaku dirimu, namun tidak
mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di
Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi
dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah
keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.
Sanggupkah kita membiarkan mereka ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU wahai
perempuan? Mengapa tidak kita berubah, berusaha menjadi muslimah sejati
agar mereka dapat diselamatkan daripada ditarik ke Neraka.
Marilah
kita berubah daripada perempuan kepada muslimah sejati agar 4 golongan
lelaki ini tidak menjadi mangsa tarikan kita ke Neraka HANYA KERANA PEREMPUAN. Mereka
bukanlah ahli maksum yang terpelihara daripada dosa tetapi mereka juga
melakukan dosa. Namun jika dosa mereka tidak mampu mereka tampung,
apetah lagi, menampung dosa kita.
Ciri-ciri Muslimah Sejati
- Solat tepat waktu
- Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
- Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
- Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
- Bercakap dengan rendah suara.
- Lembut dan halus tingkahlakunya.
- Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
- Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
- Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
- Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
- Pandai mengambil hati orang tua.
- Menghormati dan taat ibubapa.
- Kesayangan keluarga dan tetangga.
- Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
- Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
- Rambut tak diwarnakan.
- Banyak dan murah dengan senyuman.
- Banyak mendengar dari bercakap.
- Senyuman adalah ketawanya.
- Tidak ketawa terbahak-bahak.
- Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
- Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
- Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
- Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
- Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
- Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
- Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
- Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
- Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
- Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
- Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
- Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.
Jangan hanya keranamu, ayah, suami, abang dan anak lelakimu jadi tarikan ke Neraka kelak, sendirian di Neraka
HANYA KERANA DOSAMU
oleh sebab hidayah Allah yang telah kau abaikan.
2 comments:
terima kasih atas perkongsian ini ya eija...
terima kasih kembali sudi membaca blog kite.. :)
Post a Comment