10 May 2013

Alhamdulillah dpt kita bertemu lagi 'Rejab'

Selamat datang, Rejab! Salah satu bulan haram (berperang) yang dimuliakan Allah dalam Surah at-Taubah, ayat 36.

BERPUASA SUNAHLAH PADA BULAN REJAB TAPI JANGAN BERPUASA SEBULAN PENUH.

Dalam buku Fiqh Shiyam, karya Prof. Syeikh al-Qaradhawi, antara puasa-puasa sunah dalam Islam ialah puasa pada bulan-bulan 'haram' ini.... Ia berdasarkan satu hadis panjang riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa'i.

Imam Ahmad memakruhkan puasa sebulan penuh pada bulan Rejab.

Ibnu Umar dikisahkan berkata, "Berpuasalah di sebahagiannya dan berbukalah di sebahagian yang lain." (Jangan berpuasa sebulan penuh).

Ibnu Abbas pun meriwayatkan demikian. Dia memarahi, "Apakah kalian akan menjadikan bulan Rejab bulan Ramadhan?"

Usah berpuasa sempena Isra' mi'raj pada 27 Rejab dengan niat ia anjuran Islam. Syeikh al-Qaradhawi menggolongkannya sebagai puasa bid'ah. Jika berpuasa pada tarikh itu sempena sunahnya berpuasa isnin khamis dan sebagainya tidak mengapa.

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Ahlan wasahlan ya Rejab! Allahuma barik lana fi Rajaba wa Sha’bana wa ballighna Ramadhan. 
Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan ketemukanlah kami dengan bulan Ramadan tahun ini. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

2 comments:

Mysara Ab Rahman said...

alhamdulillah..:)
tp sy ada baca mcm2 org post pasal bulan rejab ni la..

Eija☎suriani said...

SETIAP TAHUN bila bulan Rejab datang, kena deal dengan masalah orang dok sebar hadis-hadis palsu sana-sini.

Kadang-kadang, sharing is not caring. Sharing boleh jadi taring.

Jangan cepat sangat percaya, walaupun kita dok selalu dengar hadis tu daripada kecik. Siasat dahulu. Kalau ragu-ragu, tanya mereka yang tahu.

Jangan mudah tekan butang "Share". Biar "Share" kita tu mahal skit.

Don't take anything for granted, especially when we talk about Islam.

Post a Comment