Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata
kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah.
Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa
mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan
amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah
hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka
dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah.
Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka
tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di
tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada
di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana
Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang
menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha
Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami
ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa
kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya
Rahman. Ya Rabbul Alamin.

0 comments:
Post a Comment