Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya. ‘‘Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu.” (HR Muslim).
Dalam riwayat lain, Ali bin Abi Thalib r a menceritakan bahwa Rasulullah bersabda, ”Tiada
satu hati pun kecuali memiliki awan seperti awan menutupi bulan.
Walaupun bulan bercahaya, kerana hatinya ditutup oleh awan, ia menjadi
gelap. Ketika awan itu berlalu, ia pun kembali bersinar.” (HR Bukhari
dan Muslim).
Bersih hati
Hadis
ini memberikan gambaran yang sangat indah. Hati manusia sebenarnya
bersih atau bersinar, namun kerap ditutupi oleh awan kemaksiatan hingga
sinarnya menjadi tidak nampak. Oleh sebab itu, kita harus berusaha menghilangkan awan yang menutupi cahaya hati kita.
Bersempena dengan Ramadhan kali ini, marilah kita ambil peluang untuk membersihkan hati kita.
Bagaimana caranya?
Pertama, Muhasabah diri.
Muhasabah
diri dalam bahasa Arab disebut muhasabatun nafsi, ertinya mengenalpasti
apa sahaja penyakit hati kita. Semua orang akan tahu apa sebenarnya
penyakit qalbu (hati) yang dideritanya itu.
”Hai, orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Alhasyr [59]: 18).
Kedua, perbaiki diri atau bertaubat.
Ini merupakan tindakan lanjut dari muhasabah diri. ”Hai,
orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang
sebenar- benarnya. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus
kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir
di bawahnya sungai-sungai” (QS Attahrim [66]: 8).
Ketiga, Taddabur Al Quran.
Menelaah isi Al-Quran lalu menghayati dan mengamalkannya. ”Maka, apakah mereka tidak memerhatikan AlQuran ataukah hati mereka terkunci?” (QS Muhammad [47]: 24).
Keempat, menjaga kelangsungan amal soleh.
Amal
soleh adalah setiap ucapan atau perbuatan yang dicintai dan diredhai
Allah SWT. Amalan walaupun sedikit tetapi berterusan, adalah lebih
disukai oleh Allah
Kelima, berzikir
Sentiasa
mengisi waktu dengan berzikir. Mulut yang sentiasa basah dengan zikir
kepada Allah. Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang
yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak
membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.
Tuntunan Islam, jika dilaksanakan dengan sungguh-sungguh, akan menghadirkan hati yang tenteram, bersih, serta bersinar terang.
Ibnu
Abbas r a menceritakan bahwa ketika menginap di rumah Rasulullah
Sallallhu ‘alaihi Wasallam, ia pernah mendengar beliau mengucapkan doa
berikut : ”Ya
Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, di
pendengaranku cahaya, di penglihatanku cahaya. Jadikan di belakangku
cahaya, di hadapanku cahaya, dari atasku cahaya, dan dari bawahku
cahaya. Ya Allah berikan kepadaku cahaya.” (HR Muslim).
Itu adalah perkara-perkara basic. Asas dalam menjaga kesihatan jiwa dan menghidupkan hati. Dalam apa jua peringkat umur, perkara-perkara inilah yang perlu diperhati. Semoga amalan ini berpanjangan, walaupun selepas bulan Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Niat Sebulan Puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”alaLafaz niat puasa (harian)
Niat Puasa Harian
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
4 comments:
salam ramadhan ")
salam ramadzan kak..=)
sorry lwt reply busy pose2 neh .. SALAM RAMADHAN kembalik dik
sorry lwt reply busy pose2 neh .. SALAM RAMADHAN kembali dik
*Moga Ramadhan kali ne jua di guna sebaik2nya"
Post a Comment