07 June 2013

Maksud Gaya Tidur Yang Melambangkan Perwatakan Anda




1. GAYA BAYI
Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.

2. GAYA TIDUR MATI
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.

3. GAYA TIDUR MENGIRING
Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.


4. GAYA TENTERA
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

5. GAYA TIDUR BEBAS
Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.

6. GAYA TAPAK SULAIMAN
Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.

Personaliti Wanita Melalui Bantal

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja . Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.  Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

7 comments:

norhafizahalias said...

wahh.. nice sharing..

gaya tido pom ley describe org tu camne ek.. hehee

Eija Suriani said...

hehehe.. thanks singgah bc :)

siti ZAHARA said...

Saya suka pluk bantal..klu tak de bantal mmng tak bleh nak tido..hee

Sharmila Dzaher said...

e'eh mcm trkena pulak dgn sy yg cara mggunakan bantal yg bnyak masa tdur...

Eija Suriani said...

bantal busuk ke tuh :p

Eija Suriani said...

hahaha kantoi la tuh... lepas bngun tido sure bersepai bantaal2 tuh kan ;p

H.A.S said...

saya copy ye. thanks. :)

btw, sy follow skali. hihi

Post a Comment