26 June 2013

8P+3 = TIP KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. 
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing. 
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain. 
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. 
Love Orkut Scraps, love quotes graphics and comments  

3 Tips kekalkan Hubungan Cinta Bersama Pasangan Anda (Suami Isteri)

1. TIGA PERKATAAN AJAIB

Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai.I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya sabanhari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.

2. HAYATI HUBUNGAN ANDA

Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlumenghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.

3. JANGAN TERLALU ROMANTIS

Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..

2 comments:

Unknown said...

hehe . bila dah kahwin nanti syuk praktis

Unknown said...

hee..romantik mesti ada...^_^

Post a Comment