25 May 2013

KALIMAT-KALIMAT YANG MEMBERI SYAFAAT


BismillahirRahmaanirRahiim

Dari Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW datang kepada kami dan bersabda :
 " Berlindunglah di balik perisai !". Para sahabat r.hum. bertanya : " Wahai Rasulullah ! Apakah (berlindung) dari ancaman musuh ?". Baginda Rasulullah SAW bersabda : " Berlindunglah (di balik) api Neraka ! Ucapkanlah oleh kalian SUBHAANALLAAH, AL-HAMDULILLAH, LAA ILAHA ILLALLAAH, ALLAHU AKHBAR dan LAA HAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAAH, kerana sesungguhnya kalimat itu akan datang pada hari kiamat dari arah depan, belakang, kanan dan kiri. Kalimat ini menjamin (bagi pembacanya) dan itulah al Baaqiayaatush shaalihaat ( amal-amal kebaikan yang pahalanya untuk selama-lamanya". ( H.R. Thabrani dalam ash shaghir)

Keterangan : "Kalimat-kalimat ini akan datang dari arah depan, secara tidak langsung menyatakan bahawa kalimat-kalimat ini akan maju ke depan untuk memberi syafaat bagi yang mengucapkannya. Sedangkan dari arah belakang, kanan dan kiri bermakna bahawa kalimat-kalimat ini akan melindunginya dari azab". ( Majma'ul Bahrain)

Wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment