22 May 2013

Bersedekah dengan Dhuha

Nabi berkata :

"Manusia memiliki 360 sendi dan hendaklah setiap sendi itu bersedekah. Seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasullullah, siapa yg sanggup melakukannya?"
Rasulullah menjawab, "Sedekah itu dapat dilakukan dengan cara membersihkan kahak di masjid atau membuang duri dijalan. Jika tidak sanggup, maka cukup dengan
solat DHUHA dua rakaat."

(Direkod oleh Abu Daud dan dibuktikan oleh Al-Albani)


SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi


Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

0 comments:

Post a Comment