Kita selalu mengharapkan ada seseorang
yang ingin mendengar masalah kita, dan merasa lega apabila orang lain
turut bersimpati dengan masalah yang kita hadapi. Kita merasakan orang
lain turut memahami dan merasakan sekali penderitaan masalah kita.
Padahal bukan semua orang begitu pada hakikatnya. Mengapa kita selalu
mengharapkan simpati?
Jangan Mengharapkan Simpati Orang Lain Dengan Masalah Kita
Jangan terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan – kesulitan yang menimpa kita. Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah – masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah – masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain.
Jangan terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan – kesulitan yang menimpa kita. Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah – masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah – masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain.
Kita lupa
bahawa sebahagian orang kadang kala mengucapkan kata-kata simpati
berkali-kali hanya untuk berbasa-basi. Setelah itu, mereka tidak mahu
menolong, buat taktau dan tidak mahu menghabiskan masa untuk bersama –
sama dengan kita.
Kita lupa bahawa setiap orang pasti mempunyai masalah yang boleh menyakiti perasaannya.
Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun. Akan tetapi, kita
sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kita terlalu
memfokuskan fikiran pada pelbagai persoalan yang menimpa dan terlalu
memperbesarkan persoalan – persoalan tersebut, tanpa berusaha untuk
mencari penyelesaian yang positif. Kita juga berpura – pura buta
terhadap keistimewaan dan nikmat – nikmat yang ada pada diri kita.
Tidak ada manusia yang terhalang
daripada segala nikmat. Tetapi orang yang berharap untuk mendapatkan
semua atau sebahagian besar apa yang diinginkannya dalam hidup ini, dia
tidak merasa bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya. Dia tidak
tahu bahawa dialah orang yang rugi dan kerugiannya tidak hanya di dunia
sahaja, tetapi juga di akhirat.
Dia telah menghilangkan cinta dan redha
Allah SWT dan menghalangi dirinya dari kesenangan dunia yang ada pada
dirinya. Dan pada masa yang sama dia telah membawa dirinya pada
kehidupan yang menyedihkan di akhirat kelak kerana dia selalu merungut
dan mendakwa kehidupnya penuh dengan kejenuhan dan tidakpuasan.
Daripada terus membincangkan hal – hal
yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih
baik kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut
kehidupan.
Selalu merasa optimitis dan gantilah
kata – kata kita dengan ucapan yang lembut dan paling tidak membuatkan
kita berasa tenteram. Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kita. Lakukan dengan penuh kesederhanaan, seimbang dan tidak berlebihan.
Hanya kita yang mampu untuk mengubah
kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan
setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih
baik, di dunia mahupun di akhirat. Lupakan masa lalu, kerana masa
hadapan yang lebih baik menanti.
Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia – siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna =)
2 comments:
xda siapa pun yg mmpu ubah kita..mlainkan diri kita sendiri
yup.. xsemua fhm apa kita lalui dan xsemua org iklas mendengar mslh kita tuh .kan
Post a Comment