13 June 2013

Simpati Orang Dengan Masalah Kita


Semua manusia mempunyai masalah. Setiap masalah pastinya adalah berbeza bagi setiap orang.Dan setiap orang pasti merasakan dan melihat masalah yang dihadapi olehnya lebih besar daripada masalah orang lain.

Kita selalu mengharapkan ada seseorang yang ingin mendengar masalah kita, dan merasa lega apabila orang lain turut bersimpati dengan masalah yang kita hadapi. Kita merasakan orang lain turut memahami dan merasakan sekali penderitaan masalah kita. Padahal bukan semua orang begitu pada hakikatnya. Mengapa kita selalu mengharapkan simpati?


Jangan Mengharapkan Simpati Orang Lain Dengan Masalah Kita

Jangan terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan – kesulitan yang menimpa kita. Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah – masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah – masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain.
 
Kita lupa bahawa sebahagian orang kadang kala mengucapkan kata-kata simpati berkali-kali hanya untuk berbasa-basi. Setelah itu, mereka tidak mahu menolong, buat taktau dan tidak mahu menghabiskan masa untuk bersama – sama dengan kita.
Mengharapkan Simpati

Kita lupa bahawa setiap orang pasti mempunyai masalah yang boleh menyakiti perasaannya. Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun. Akan tetapi, kita sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kita terlalu memfokuskan fikiran pada pelbagai persoalan yang menimpa dan terlalu memperbesarkan persoalan – persoalan tersebut, tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian yang positif. Kita juga berpura – pura buta terhadap keistimewaan dan nikmat – nikmat yang ada pada diri kita.

Tidak ada manusia yang terhalang daripada segala nikmat. Tetapi orang yang berharap untuk mendapatkan semua atau sebahagian besar apa yang diinginkannya dalam hidup ini, dia tidak merasa bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya. Dia tidak tahu bahawa dialah orang yang rugi dan kerugiannya tidak hanya di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat.

Dia telah menghilangkan cinta dan redha Allah SWT dan menghalangi dirinya dari kesenangan dunia yang ada pada dirinya. Dan pada masa yang sama dia telah membawa dirinya pada kehidupan yang menyedihkan di akhirat kelak kerana dia selalu merungut dan mendakwa kehidupnya penuh dengan kejenuhan dan tidakpuasan.

Daripada terus membincangkan hal – hal yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan.

Selalu merasa optimitis dan gantilah kata – kata kita dengan ucapan yang lembut dan paling tidak membuatkan kita berasa tenteram. Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kita. Lakukan dengan penuh kesederhanaan, seimbang dan tidak berlebihan.

Hanya kita yang mampu untuk mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat. Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik menanti.
Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia – siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna =)

2 comments:

Unknown said...

xda siapa pun yg mmpu ubah kita..mlainkan diri kita sendiri

Eija☎suriani said...

yup.. xsemua fhm apa kita lalui dan xsemua org iklas mendengar mslh kita tuh .kan

Post a Comment