Peranakan jatuh yang lebih dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh berlaku jika terdapat kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.
Antara kesan masalah peranakan jatuh ialah:
1. Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami ma...salah prolapse akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutama ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa
2. Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan.
3. Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.
4. Gangguan kesihatan
Jika prolapse yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan tergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lender yang banyak.
JATUH
organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di
kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang
pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari.
Namun
begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah
dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan
hariannya.
Pakar
Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre (KBMC), Kuala
Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP berlaku dalam keadaan di
mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak
dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.
‘‘Apabila
ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol
ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
“Walaupun
tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan
penderitaan emosi. Kadang- kadang seseorang itu boleh mendapat lebih
dari sejenis JOP,’’ katanya.
Jenis-jenis JOP
Bahagian atas/bumbung faraj
Sekiranya bahagian atas yang terlibat, maka rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).
*
Gred 1: Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak
menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan
dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear
* Gred 2: Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj
* Gred 3: Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj.
Bahagian hadapan
Pundi
air kencing jatuh ke dalam faraj (sistosele). Ia akan menolak dinding
faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan.
Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa terjadi di kalangan wanita.
Bahagian belakang faraj
“Sebahagian
dari usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh
di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Keadaan
ini dipanggil enterosele.
“Jika
rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang
faraj berhampiran dengan dubur. Ini dipanggil rektosele,’’ terang Dr.
Rosilawati.
Kemungkinan
besar, kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa
secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak didiagnosis,
boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit lebih-lebih lagi selepas
pembedahan.
Menurutnya, ada lagi satu keadaan dipanggil vault prolapse yang berlaku selepas pembedahan histerektomi atas apa jua masalah.
“Ini
mungkin mengambil masa untuk berlaku setelah sokongan oleh otot-otot
keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.
“Ia
terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi
disebabkan oleh JOP dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti
fibroid,’’ ujar beliau.
Punca-punca JOP
Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah,
antaranya kehamilan dan bersalin; usia dan menopaus; obesiti;
ketumbuhan seperti fibroid yang besar dan; batuk atau sembelit kronik.
Lain-lain
termasuklah mengangkat bebanan yang berat; keturunan seperti Sindrom
Marfan dan etnik; menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi,
pembetulan pundi kencing dan; kerosakan atau kecederaan pada saraf
tunjang.
Simptom dan diagnosis
Wanita
yang mengalami masalah JOP yang sedikit, kata Dr. Rosilawati, ada
kalanya tidak berasa sebarang simptom atau ketidakselesaan.
“Sekiranya
pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar
mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas
.
.
“Apabila
usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit,
rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan
jari untuk mengeluarkan najis.’’
Jatuh
organ rahim pula menyebabkan wanita berasa ada benda berat di celah
alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk di mana rahim jatuh
keseluruhannya, boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.
Pencegahan
*
Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan
melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat,
guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti
jurutera
*
Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang
lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses
pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan
mengurangkan sakit belakang
*
Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik.
Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan
dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar
dari bilik air
* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
Rawatan
Dr.
Rosilawati berkata, sekiranya JOP masih di peringkat awal, pesakit akan
dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik.
‘‘Selain
itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam
beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh.
“Ia
boleh digunakan oleh wanita dari segala peringkat usia reproduktif atau
yang menopaus, yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan,’’
jelasnya.
Mengulas
lanjut, ini mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu
mengandung dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat
untuk menjalani pembedahan.
Cuma,
ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah
berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.
Secara
amnya, setiap rawatan individu adalah bergantung kepada pelbagai sebab
seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual,
tahap kesihatan serta kesannya terhadap kehidupan wanita itu.
Rawatan pembedahan
Merupakan
pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anterior
repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian
hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut.
Dr.
Rosilawati memberitahu: “Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing
yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan.
“Komplikasi
yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan
hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar
membuang air kecil.’
’
’
Begitu
juga dengan posterior repair yang melibatkan pembedahan dari belakang
faraj dengan komplikasi yang lebih kurang sama dengan anterior repair.
Selain itu, terdapat teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak
mahal.
“Rawatan pembedahan untuk rahim yang jatuh adalah dengan cara mengeluarkan rahim dari faraj dipanggil histerektomi faraj.
“Selalu
juga, ketiga-tiga prosedur tersebut dilakukan serentak kerana JOP
melibatkan bahagian hadapan, belakang dan rahim sekali gus,’’ katanya
sambil menambah, salah satu komplikasi yang boleh berlaku adalah vault
prolapse yang mana pembedahan untuk mengatasi masalah ini lebih
merumitkan.
Pascapembedahan
Kebiasaannya,
mereka yang pernah mengalami pembedahan melalui faraj akan melalui
prosedur pembedahan yang singkat, kurang memerlukan ubat tahan sakit,
mengalami pemulihan cepat dan memulakan hidup seperti biasa.
Walaupun
begitu, histerektomi mengambil masa tiga bulan untuk pulih sepenuhnya.
“Hubungan seks boleh dimulakan kembali enam minggu lepas pembedahan.
Usah risau, ia tidak akan mengganggu kehidupan seks normal
.
.
“Yang
penting, janganlah malu untuk berjumpa doktor dan menceritakan tentang
segala masalah alat sulit yang dihidapi,’’ pesan Dr. Rosilawati.
Lakukan pemeriksaan tahunan dan pap smear sebagaimana jadual yang
disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.
Kesimpulannya,
rawatan dalam bentuk pembedahan atau bukan banyak bergantung kepada
wanita itu sendiri, keseriusan masalahnya serta aspirasi masa depan
reproduktif dan seksualnya
0 comments:
Post a Comment