Tidak cukupkah peristiwa yang amat memalukan umat Islam semasa konsert K-Pop yang lepas? Perempuan Melayu kita dipeluk dicium dan diraba secara terbuka di khalayak ramai? Bukan itu sahaja, mereka berbangga dan mempertahankan tindakan mereka daripada dikritik!
Inikah generasi belia yang kita harapkan untuk memajukan negara?
Sebelum ini, dah banyak kali dah konsert K-Pop ini dibantah sehingga dibatalkan oleh mereka. Tapi nampaknya pihak penganjur masih tak insaf dan mahu kejar keuntungan semata-mata! Tidak hiraukan langsung apa kesan tindakan mereka terhadap belia yamg mereka bakal lahirkan!
Admin seru sudah tiba masa kita letakkan titik noktah pada gejalan Hedonisme yang melampau ini! Belia Malaysia Tolak Konsert K-Pop!
Kita lawan sampai Konsert K-Pop berambus dari Malaysia!
#BeliaTolakKPop
**************************************************************************************
Kenapa kau asyik pangkah KPOP je!
Habis drama melayu yang ada cium peluk tu tak haram? Kenapa tak pangkah drama melayu jugak?
Ok drama melayu, drama bangla, drama indon, you name it pun jangan tengok. Banyak maksiat!
Amat malang orang yang tak nak mengaku kesalahan kemudian alihkan pada kesalahan lain untuk menutup kesalahannya.
Bulan Ramadhan baru sahaja pergi meninggalkan kita. Kini belia kita mahu menyambutnya dengan menghadiri Konsert K-Pop?
0 comments:
Post a Comment