26 November 2013

Macam neh ke AMAN?

Ramai orang kata, kita dah hidup aman sekarang ni, watpe nak adakan bantahan dan perhimpunan walau untuk menegakkan islam, nanti jadi macam syria dan negara2 lain baru nak nyesal..

Aman? aman? apa itu aman? maksiat berleluasa itu aman? korupsi tu aman? zina di mana2 itu aman? pecah amanah itu aman? rasuah itu aman? gejala sosial itu aman? dedah aurat dan dedah aib orang itu aman? fitnah sana sini... aman?

Golongan ini hanya lihat aman dari segi kehidupannya saban hari yang senang lenang sahaja kerana tak susah hati melihat maksiat yang berleluasa atas muka bumi malah redha dengannya.. golongan ini boleh buat bodoh saja lihat maksiat itu berterusan.. tahu tak bahawa maksiat ni semua adalah bala? bala yang Allah timpakan sebab kita tak mahu mendaulatkan islam dalam kehidupan, dalam pemerintahan, dalam segala aspek..

Jadi, ubahlah mind set tu, aman adalah kehidupan dalam keadaan taat kepada agama Allah dan takut buat maksiat dan tidak berbangga dengan maksiat.

0 comments:

Post a Comment