Kedua-dua gambar di atas adalah hukuman hudud yang dijalankan di Afghanistan sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu
Bayangkan
jika Malaysia menjalankan hukuman hudud seperti di atas. Sudah tentu
ribuan akan hadir ingin melihatnya dari dekat. Dan jutaan akan
melihatnya melalui siaran langsung melalui kaca TV.
Agak-agaknya
beranikah lagi bakal pencuri, perompak, penyamun ingin melakukan
kerja-kerja tersebut. Beranikah bakal perogol, penzina, pelaku maksiat
melakukan kerja-kerja terkutuk berkenaan selepas melihat hukuman hudud?
Itulah hukuman yang Allah tetapkan untuk seluruh umat manusia. Jelas dinaskan di dalam AlQuran. Sungguhpun
nampak seperti kejam namun untuk melaksanakannya amat susah kerana
memerlukan saksi yang mencukupi dan disoal kenapa ia melakukan
perkerjaan tersebut
Hukuman HUDUD
Bayangkan
sebaik sahaja ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada
kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. InsyaAllah aktiviti jenayah
dan maksiat akan turun mendadak secara ‘drastik’.
Masing-masing
akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk
menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah yang keterlaluan.
Penjara pula lama-lama akan kosong dengan penghuni.
Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggung makan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.
Sudah
tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman. Peniaga dan hartawan
tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai atau rumah boleh
ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir berpuluh kali
untuk mencuri.
Anak
dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing
malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut
kalau-kalau terjebak dengan penzinaan.
Justeru
itu, lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan
boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan
sebagainya boleh dikira mengikut kiraan ‘minit’.
Pihak
berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa? Kerana mereka
‘sombong’. Tidak mahu mengikuti perintah Allah. Jadi tunggulah saat
kemusnahanan yang pasti akan tiba dengan lebih parah lagi.
1 comments:
yup, hukum ALLAH dutamakan.
Post a Comment