1.Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat – urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat – urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira – merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.
10. Terlalu merana – merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)
14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif
2 comments:
petua neh memang patut kita ikut sebenarnya...utk kesihatan akan datang
yup.. tp now org byk mls nak ikut sume bila dsh saket bru cari ubat je..hehe
Post a Comment