11 June 2013

Perlu peka pakaian dalam berkualiti, saiz coli membantu elak penyakit

COLI dan seluar dalam wanita hanyalah sekadar pakaian. Lazimnya, membicara koleksi pakaian dalam itu di kalangan lelaki adalah perkara yang sukar diterima dek akal sesetengah wanita selain lelaki juga akan berasa segan apatah lagi ‘tidak berani’ memasuki butik pakaian dalam wanita.

Hakikatnya, sebagai lelaki yang juga pencinta wanita seharusnya ada pengetahuan asas mengenai baju dalam. Sekurang-kurangnya saiz yang betul, jenis dan fabrik yang berkualiti untuk dijadikan hadiah tanda cinta bagi mengelak berlakunya kesan buruk pada kesihatan insan tersayang.

Lelaki tidak perlu rasa malu membaca maklumat pemakaian coli kerana ia hanyalah pakaian dalam wanita yang penting bagi mereka. Jika tidak tahu secara menyeluruh pun, sekurang-kurangnya lelaki perlu kenal pasti fabrik terbaik untuk orang tersayang. – Joseph KC See, Ketua Pegawai Eksekutif Grand Bell Trading Sdn Bhd Ini kerana kesan kepada buruk pada kesihatan sukar dilihat dalam tempoh singkat sebaliknya wanita yang memakai coli tidak tepat boleh berlaku peredaran darah yang tidak betul serta menyebabkan barah. Secara berperingkat-peringkat, fabrik dan jenis coli yang salah juga menyebabkan pembesaran tidak seimbang dan bentuk kedua-dua payu dara berkenaan berlainan serta kurang ketegangan.

Lantaran itu tidak salah sekiranya lelaki perlu tahu mengenai selok belok pemilihan coli secara keseluruhan baik dari segi saiz dan juga material yang digunakan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Grand Bell Trading Sdn Bhd, juga pengeluar pakaian dalam wanita jenama Skiva, Joseph KC See.

“Lelaki tidak perlu rasa malu membaca maklumat pemakaian coli kerana ia hanyalah pakaian dalam wanita yang sememangnya amat penting untuk mereka. Jika tidak tahu secara menyeluruh pun, sekurang-kurangnya lelaki perlu mengenalpasti fabrik yang terbaik untuk orang tersayang seperti span anti toksid yang diperbuat dari serat atau eco green dan bukannya dihasilkan daripada polyurethane (PU) iaitu sejenis polimer sintetik.

“Span dari material PU yang digunakan dipercayai boleh memberi risiko menghidap kanser payudara kepada wanita. Toksik yang dibiarkan kekal dalam darah, lama-kelamaan ia akan menghidupkan sel barah,” katanya yang menerajui bidang penyelidikan dan pembangunan menerusi syarikat Skiva sejak tujuh tahun lalu.

Skiva adalah pengeluar pakaian dalam yang pertama menggunakan bahan serat menerusi produk Skiva Go Green. Pengisiannya diperbuat daripada serat yang dipotong secara melintang dipanggil fabrik space knitted bagi menggantikan span PU untuk mangkuk coli. Ia tidak bertukar warna, tiada tindak balas kimia dan tidak menghasilkan toksik.

Justeru, kata See yang ditemui di pejabatnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini, selain wanita, lelaki juga harus ambil tahu dengan mengenalpasti jenis material yang bukan saja dapat menyelamatkan insan tersayang malah membantu meningkatkan tahap kualiti alam sekitar.

Katanya, wanita yang kerap membeli coli dan pakaian dalam, juga seharusnya mengutamakan produk menggunakan span jenis ecogreen yang membantu memberi ruang pernafasan kepada payudara.

“Span jenis ini yang dijadikan mangkuk coli itu tidak akan menyekat udara keluar dan masuk. Malah, ia juga tidak akan memberi rasa panas selain menyerap air.
“Coli yang tidak diperbuat daripada span anti toksid bagaimanapun mengundang kesan buruk pada alam persekitaran kerana ia tidak boleh dihapuskan sebaliknya akan menambahkan pencemaran alam sekitar.

“Implan payudara disaluti span PU diharamkan penggunaannya dari pasaran sejak 1991 atas tujuan keselamatan kerana wujudnya bahan kimia dikenali toluene di-amine (TDA), penyebab kanser pada haiwan dan toluene di-isocyanate (TDI), bahan kimia utama dalam pembuatan span PU,” katanya.

Mengulas kekerapan menukar coli, See berkata ia bergantung kepada cara pemakaian dan penjagaannya. Jika coli diperbuat daripada bahan PU ia kurang tahan lama berbanding material Eco Green yang lebih bertahan lama.

“Dianggarkan jika seorang wanita membuang sekurang-kurangnya satu coli bahan PU setiap tahun saja meninggalkan kesan amat buruk. Bayangkan jika jumlah wanita yang berbuat demikian mencecah jutaan orang. Ia menyumbang kerosakan alam sekitar berbanding penggunaan material anti toksid yang boleh dikitar semula sekali gus menyelamatkan alam dari tercemar.”

See turut mendakwa biarpun banyak pendedahan diberikan bagi pemilihan coli yang betul, masih ramai lagi wanita yang tidak tahu memilihnya dengan betul. Ini adalah perkara biasa apabila mendapati mangkuk coli yang tidak kena dengan saiz payudara apabila mengenakan pakaian menampakkan lebihan kulit pada bahagian berkenaan.

“Hal itu tidak boleh dipandang remeh, terutama wanita yang ada anak perempuan remaja kerana mereka amat memerlukan panduan tepat supaya kesan buruk tidak berlaku apabila mereka dewasa kelak. Lantaran itu, sebagai ibu, perlu tahu memilih coli yang bersesuaian untuk anak remaja mereka.

“Pada peringkat awal, remaja muda perlu memakai coli yang betul kerana ketika itu, apabila payu dara semakin membesar ia akan membentuk mengikut coli yang dipakai setiap hari sejak remaja. Kesan buruk apabila meningkat dewasa pemakaian salah itu akan berubah seperti tidak tegang dan bentuk yang tidak menarik.

“Jika terlalu ketat atau terlalu longgar ia akan membiasakan keadaan buah dada membesar dalam posisi yang salah. Jenis pakaian dalam biasa yang itu biasanya boleh didapati secara lambakan tanpa sedar ia memberi kesan negatif sekiranya kerap memakainya,” katanya.
http://ts4.mm.bing.net/th?id=H.4614969197266975&pid=1.9
INFO: Panduan mengukur coli yang bersesuaian:

Ukur lilitan payudara selari puting . Contoh 89 sentimeter (cm)
Ukur lilitan bawah payu dara. Contoh 75 cm
Jumlah lilitan (1) tolak jumlah lilitan (2) = 89 cm – 75 cm = 14cm

0 comments:

Post a Comment