19 June 2013

Meningkatkaan Keyakinan Diri Sebagai SuriRumah

Hidup sebagai surirumah sepenuh masa dalam dunia hari ini, selalunya menyebabkan wanita hilang keyakinan diri. Maka muncullah imej diri yang lemah dan tidak berdisiplin sebagaimana zaman berkerjaya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh04Ohp8CmunOfYRkTvbFii85hcSLgHY6XzJgrTeJCRu9XDQETyT7AEHdvZYupJz3SJjkCeDMThkhRDUgXr0w0hAvpJBtEnQnZAde34dkzw5PwkOdLJQr1H8pO2eEenxHAXNkWiNOeITq0C/s1600/surirumah.jpg

Bagaimanakah cara untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai surirumah?

Sememangnya keyakinan diri tidak datang begitu saja, ia memerlukan kekuatan semangat dan usaha yang berterusan untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri. Jika itu berjaya dilakukan masa setiap surirumah berhak untuk mendapat penghormatan dan kasih-sayang insan-insan disekeliling mereka.

Diantara cara-cara untuk membina keyakinan diri ialah:

1. Memikirkan perkara-perkara yang menaikkan keyakinan diri.
Apakah yang menyebabkan anda merasa rendah diri? Catatkan jawapan tersebut serta cuba mencari penyelesaiannya. Kemudian fikirkan sesuatu yang boleh menaikkan keyakinan diri anda berada dirumah.
Setiap insan yang Allah ciptakan mempunyai kelebihan yang tiada pada insan lain, carilah kelebihan tersebut serta berusaha menjadi seorang yang mahir dalam bidang tersebut.

2. Mencari kumpulan sokongan.
Sekiranya anda ingin berjaya sebagai seorang surirumah, carilah sahabat-sahabat yang mempunyai keinginan yang sama, serta memahami apa yang anda inginkan. Kita akan berasa lebih tenang apabila kita dapat berbincang dengan kawan-kawan yang dapat memahami situasi kita.
Namun begitu pastikan anda bersemangat tinggi untuk membangunkan diri, jangan jadikan tugas sebagai surirumah sebagai alasan untuk anda tertinggal dibelakang.

3. Mengenalpasti kelebihan diri.
Sebaik-baiknya anda mengetahui apa sebenarnya yang anda inginkan bila memilih untuk berada dirumah. Carilah kelebihan tersebut, serta catatkan tentang perkara-perkara yang anda mahir mengenainya. Kemudian pilihlah kelebihan tersebut yang boleh anda kembangkan sebagai satu usaha anda dari rumah. Ini dapat mengelakkan daripada anda terasa diri tidak berharga bila dibandingkan dengan insan yang berkerjaya.
Fikirkanlah juga apa yang anda ingin lakukan sebagai sumbangan kepada masyarakat disekeliling anda. Ini kerana surirumah sepatutnya menjadi peneraju perubahan dalam masyarakat.

4. Bersyukur kepada Allah dengan segala milik anda sekarang.
Sekiranya anda bersyukur dengan suasana anda sekarang anda akan mampu membangkitkan perasaan tenang dan damai dalam diri anda. Apabila anda mampu mengekalkan sifat-sifat murni tersebut, anda akan lebih senang dihampiri serta akan mempunyai lebih ramai kawan.
Ini tentunya akan menjadikan anda lebih berkeyakinan diri serta lebih gembira dalam hidup anda. Elakkan perasaan risau kerana ia akan menjauhkan orang lain daripada mendekati anda. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang anda kecapi sekarang.

5. Menjadi seorang yang berfikiran positif.
Cubalah jauhi daripada memikirkan kelemahan yang mampu menjatuhkan imej diri anda. Carilah sisi-sisi positif yang boleh membuatkan anda berasa tenang dengan pilihan anda berada dirumah.
Jangan sesekali membuka peluang untuk insan lain merendah-rendahkan kebolehan anda, hanya kerana anda berada dirumah.
Sentiasalah berfikir positif diatas setiap ujian dan cubaan yang anda tempuhi, insya Allah anda akan sentiasa berjaya.

6. Melazimi prinsip anda.
Setiap insan mempunyai prinsip hidup yang tersendiri, pastikan anda melakukan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan prinsip hidup anda.
Cubalah cari insan yang mampu mengingatkan anda tentang prinsip-prinsip tersebut, terutamanya suami anda. Bila anda sentiasa ingat tujuan dan prinsip anda, insya Allah jalan hidup anda akan terbuka luas ke arah kejayaan.

7. Membantu insan lain yang memerlukan bantuan anda.
Andalah pengurus kehidupan anda, dan pengurus rumahtangga anda, carilah masa untuk memahami insan-insan disamping anda. Carilah juga masa untuk anda membantu insan-insan lain yang perlukan bantuan anda, sebagai contoh, membantu menjaga anak jiran anda ketika beliau memerlukan bantuan.
Jika anda mempunyai lebih masa, cubalah wujudkan program-program yang boleh membantu insan lain disekeliling anda, terutamanya jiran tetangga anda.

8. Hilangkan perasaan risau.
Elakkan daripada memikirkan tentang perkara-perkara negatif yang telah anda lakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Lupakanlah ia kerana ia telah berlaku dan tidak mungkin diubah kembali, teruskan kehidupan anda dengan semangat baru serta tekad tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.
Insan-insan lain yang terbabit juga akan melupainya bila masa berlalu.
Elakkan daripada terlalu memikirkan perkara-perkara negatif, kerana ia mampu menghilangkan seri wajah anda.

9. Lihat dalam cermin dan senyum.
Kajian menunjukkan setiap gerakan otot muka akan direkodkan sebagai perasaan tertentu oleh otak kita. Apabila anda melihat ke dalam cermin dan senyum, anda mampu membangkitkan perasaan lebih gembira dan lebih berkeyakinan dalam jangka masa panjang.
Sebaik-baiknya bacalah doa ketika melihat cermin, agar kegembiraan tersebut dihiasi dengan akhlak yang mulia.

10. Luahkan perasaan anda.
Usahakanlah untuk meluahkan perasaan anda kepada insan yang memahami anda. Sekiranya anda tidak mampu, maka tulislah...Luahkan segala perasaan gembira, sedih, risau, takut diatas kertas. Biarkan ia keluar daripada diri anda, kemudian lupakannya.
Apa yang paling penting, ia dapat mengelakkan anda terfikir-fikir lagi tentang perkara-perkara yang tidak perlu tersebut.
Sebagai seorang Islam, kita diajar untuk memohon maaf bila melakukan kesalahan, begitu juga kita diajar untuk bertaubat serta menyesali kesilapan itu. Jadi bila kita menyedari bahawa kita telah berbuat silap cepat-cepatlah bertaubat ataupun memohon maaf daripada insan yang terbabit.

Setiap usaha yang anda lakukan akan membangkitkan keyakinan dalam diri anda, buat masa sekarang ataupun pada masa hadapan. Jadi mulakanlah seberapa segera untuk melakukan rutin yang bermakna dalam hidup anda.
Moga anda berjaya mencapai impian anda sebagai seorang surirumah yang hebat.

#Alhmadulillah sya bangga menjadi surirumah melihat anak-anak membesar depan mata.. baik buruk mereka sume dari saya sendiri ... keburukkan mereka cermin buat diri sya utk berubah keburukkan diri menjadi yg lebuh baik.. Insyallah :)

 

2 comments:

Unknown said...

betul tu kak..melihat ank depan mata membesar rasa bersyukur

Eija☎suriani said...

Alhamdulillah bertuahkan kita .. hye adik ade ank berapa dah?

Post a Comment