Penafian kepada perasaan anak menghantar mesej bahawa
> menangis tidak OK
> rasa sedih tidak OK
> rasa marah tidak OK
> rasa terganggu (upset) tidak OK
> menunjukkan rasa sedih, marah, geram, terganggu tidak OK
Akibat daripada ini akan menjadikan anak
> kurang keyakinan diri
> memasuki alam dewasa dengan keraguan untuk menyatakan kehendak/pendapat/kemahuan sendiri
Apabila kita mengesah/menerima perasaan anak, sebenarnya kita bertindak
sebagai cermin supaya mereka boleh menelek/belajar tentang perasaan
mereka sendiri. Dari situ, mereka akan belajar menghormati perasaan
mereka sendiri dan menghormati perasaan orang lain juga.
Harus diingat, mengesah/menerima perasaan anak-anak tidak bermakna kita
menerima tingkah laku yang terbit daripada perasaan tersebut.
"Kamu boleh rasa marah tetapi ibu tidak boleh membenarkan tindakan
memukul atau mengeluarkan kata-kata kesat untuk melepaskan kemarahan
itu"
2 comments:
InsyaAllah...sebenarnya KY juga kadang2 terikut emosi dlm mendidik anak ni, tapi selalu mencoba bersabar, tarima kaish untuk tipsnya ni KY akan cuba sematkan dlm diri
biasala sume ibu mcm tuh gak.. hehehe tp istigfar memudahkan kita berfikir bijak dan bertenang.. anak2 ne hasil doa kita ..bkn doa dri tikar seejadah je malah dri bebelan kita neh la hehehe.. so bebel dgn kata2 elok2 la..insyallah :)
Post a Comment