Ilmu Mustalah Hadith
Ilmu mengenai kaedah atau usul yang dapat dikenali dengannya hal ehwal sanad dan matan dari segi penerimaan atau penolakannya.
Hadith
Segala
apa yang disandarkan kepada Rasulullah saw sama ada percakapan,
perbuatan, diam, setuju atau sifat-sifat baginda sama ada sifat zahir
atau batin.
Sunnah
Sama maksudnya dengan hadith.
Khabar
maksudnya lebih umum daripada hadith, meliputi apa yang diriwayatkan dari nabi saw dan selainnya.
Athar
Sesetengah ulama berpendapat, ia merujuk kepada kata-kata sahabat ra.
Hadith Qudsi
Hadith yang lafaznya adalah daripada Nabi saw manakala maknanya daripada Allah swt sama ada melalui mimpi atau ilham.
Sanad
Rangkaian perawi atau jalan yang menyampaikan kepada hadith.
Matan
Lafaz-lafaz hadith yang membentuk pengertian
Isnad
iaitu
menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad
hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian
hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama,
dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa
yang ia mau berkata."
Musnid
Orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.
Musnad
Kitab-kitab hadith yang disusun mengikut nama para sahabat yang menyampaikan hadith.
Musannid:
iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.
Muttafaq ’Alaih
Hadith yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Muhaddith
orang yang mahir dengan hadith dan menghafal kurang daripada 100000 hadith.
Al Hafiz
Menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.
Al Hujjah
Darjatnya lebih tinggi daripada al Hafiz. Menghafal 300000 buah hadith termasuk matan, sanad, jarh, ta’dil dan sejarahnya.
Al Hakim
Darjat tertinggi di kalangan ahli hadith. Mengetahui segenap hal berkenaan hadith, menghafal lebih daripada 700000 buah hadith.
Mutawatir
Hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang mana tidak munasabah mereka bersepakat untuk berdusta terhadap hadith nabi.
Ahad
Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau lebih tetapi tidak mencapai darjat mutawatir.
Asal sanad
terdiri drp para sahabat.
Awal sanad
Perawi yang terakhir seperti Imam Bukhari.
Akhir sanad (Muntahāhu)
terdiri drp para sahabat.
Al Lāhiq
Perawi yang terkemudian meninggalnya.
Al Sābiq
Perawi yang lebih awal meninggalnya.
Ilmu Jarh wa Ta’dil
Ilmu yang membincangkan tentang kualiti para perawi hadith.
Ilmu Ma’rifat al Sahabah
Ilmu pengenalan tentang sahabat.
Ilmu Tarikh al Ruwat
Ilmu
yang membahaskan tentang sejarah hidup para perawi, tempat lahir,
tarikh lahir, kematian, mazhab yang diikuti, negeri yang pernah
dilawati danapa-apa yang berkaitan dengannnya.
Ilmu Masikh Mansukh
Ilmu yang membahaskan tentang hadith yang telah dinasakhkan dan hadith yang menasakhkan.
Ilmu Gharib al Hadith
Ilmu yang menerangkan tentang perkataan yang terdapat dalam matan hadith di mana ia sukar difahami maknanya.
Ilmu ’Ilal Hadith
Ilmu yang membahaskan tentang kecacatan yang tersembunyi dalam hadith dan ia boleh mencacatkan hadith tersebut.
Al Jarh
Menyebutkan sesuatu keaiban yang terdapat pada seseorang rawi yang boleh menyebabkan hadith yang diriwayatkannya tertolak.
Al Ta’dil
Menyifatkan
seseorang hadith dengan sifat-sifat yang menyebabkan dia dinilai
sebagai adil dan menjadi asas penerimaan hadith yang diriwayatkannya.
Istikhraj dan Ikhraj
iaitu
mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang
lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu
dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan:
Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam
Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya
ke dalam kitabnya.
Riwayat
iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.
0 comments:
Post a Comment