Wahai sekalian
sahabat-sahabat, perangai susah nak berubah. Kalau la nak tunggu
perangai berubah dulu, kita tak tahu bila la nak dapat tutup aurat
seperti garis panduan Islam.
Buka minda kita, cuba berfikir
secara logik, sekiranya kita cuba untuk menutup aurat dengan sempurna,
dengan izin Allah, secara perlahan-lahan perangai yang buruk tadi akan
turut berubah ke arah yang lebih baik. insyaAllah.... Sama-sama kita doakan.
Hadirnya aku di sini, ingin cuba membuka mata kaum hawa yang aku
cintai, sedarlah kita hidup cuma sementara, mati tak tahu bila, ajal
masa mana pun boleh tiba.
Berubahlah sebelum terlambat, berkorbanlah kerana pengorbanan itu harus dikorbankan.
Untuk apa?? Untuk menggapai redha Ilahi.
Untuk siapa?? Untuk Pencipta kita yang seharusnya kita patuhi.
Mengapa?? Kerana itu dituntut dalam Islam agama yang kita anuti.
Dan mengapa?? Kerana kita sememangnya hamba ALLAH, yang seharusnya minda dan hati selalu ingat Ilahi.
Alhamdulillah aku berubah kerana Allah. Allah telah hadirkan seseorang
sahabat kepada aku yang walaupun perangai macam ‘rockers’ tetapi dia
memakai tudung bulat labuh. SubhanAllah, aku mengagumi kekuatan yang
Engkau berikan kepada dirinya.Lantas mindaku berputar ligat berfikir,
“Dia boleh berubah, kenapa tidak aku?”
Aku mengumpul segala
kekuatan, berubah kerana Allah, Allah lah yang menciptakan sekalian
makhluk, kenapa tidak kita berkorban kerana-Nya?
Sungguh banyak nikmat yang diberikan, tidakkah kita rasa betapa sayangnya Dia pada kita.
Diri ini bukanlah sempurna sangat tapi mencuba untuk menyampaikan apa
yang Allah suruh dan aku cuba untuk menyampaikan dakwah walaupun hanya
sedikit. Sudah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh hamba-Nya menutup
aurat, bukan membalut aurat.
"Sesiap
yang dunia menjadi kepentingannya, Allah akan memecah-belahkan
urusannya dan menjadikan kefakiran di depan matanya. Dia tidak akan
mendapat daripada segala nikmat dunia melainkan apa yang telah
ditakdirkan untuknya. Sesiapa yng akhirat menjadi niatnya,
Allah akan menyatukan urusannya dan meletakkan kekayaan di dalam
hatinya. Dunia pula akan datang kepadanya dalam keadaan hina dan
mudah."
..:: HR MUSLIM & AT-TIRMIDZI ::..
30 June 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment