1) Berdiri tegak
pandang ke arah tempat sujud, luruskan tangan ke bawah |
Ketika ini, hendaklah pastikan tangan lurus ke bawah, jari-jemari kaki mengadap kiblat, kedua-dua belah tumit kaki sama dan mata mengadap ke tempat sujud.
jari kaki mengadap kiblat |
tumit kaki perlu sama, tidak boleh salah satu kaki terlalu ke depan atau belakang |
2) Niat
Hukum bagi melafazkan niat adalah sunat. Namun, wajib pasang niat dalam hati. Contoh lafaz niat:
NIAT SOLAH SUBUH
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana Allah taala.
3) Takbiratul Ihram
Ibu jari tangan perlu berada paras hujung telinga kiri dan kanan. Hukum
bagi mengangkat takbir adalah sunat. Namun, adalah rukun untuk
melafazkan takbit ketika Takbiratul ihram:
4) Membaca Surah Al-Fatihah
Sebelum itu, adalah sunat bagi meletakkan tangan di atas perut.
Mengikut mazhab Imam Syafi'e, tangan perlu diletakkan atas daripada
paras pusat dan bawah paras dada. Hukum perkara ini adalah sunat.
Contoh:
Selepas itu, bacalah surah Al-Fatihah dengan hukum tajwid yang betul. Jangan ambil ringan akan surah ini.
Ok, rasanya sampai sini sahaja dulu. Belajar sikit-sikit dahulu. Teruskan usaha ke arah kesempurnaan!!
Sumber Rujukan: Mari Sembahyang(Laki-Laki), Ahmad Sonhadji Mohamad
0 comments:
Post a Comment