05 August 2013

*selamat hari raya* dari Eija sekeluarga

ﺴِﺑ ـــﻢِﷲِ ﻦَﻤْﺣﱠﺮﻟا ِ ﻲِﺣﱠﺮﻟا ـــــْ ﻢ

Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan penguasa sekelian alam Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat

Ramadhan kian berlalu pergi Syahdunya hati terasa kini Hadirnya Syawal sekali lagi Tanda kemenangan untuk insani Inilah hari yang dinanti Bergema takbir di pagi hari Tiba Syawal riangnya hati Kembali fitrah mensucikan hati

Lupakan ...segala silang sengketa Hapuskan segala noda dan dosa Kunjung mengunjung sesama kita Tanda ukhwah beramah mesra

Andai jemari tak sempat bertaut Andai diri tak bisa bertemu Moga keikhlasan datang berpaut Moga kemaafan datang bertamu

Andai ada kata menghiris hati Andai ada perbuatan mengguris hati Moga dibuka pintu kemaafan Bebaskanlah segala penyakit hati

Salam lebaran Kepada saudara, handai dan taulan Salah dan silap harap dimaafkan Semoga mendapat keredhaan ALLAH SWT

Untuk setiap kata yang tak terjaga Hati dengan prasangka Janji yang tak terpenuhi Kesalahan yang sengaja Khilaf yang tak disangka Maafkanlah diriku yang tak sempurna Semoga ada maaf yang masih tersisa

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Dengan ingatan tulus ikhlas Daripada Eija Suriani sekeluarga
 
 
 Hari Raya Adilfitri-Click to get more 
 
Pejam celik pejam
tak celik-
celik, bulan Ramadhan yang ditabalkan Allah sebagai bulan yang lebih baik dari 1000 bulan dahpun makin hampir ke penghujung. Yang biasa didengari dan diperhati, makin hujung…makin lemau, lembam, dan suramlah aktiviti ibadat yang diusahakan.
Mana taknya, mood hari raya dah makin mengganas dalam minda dan jiwa. Pusat membeli belah penuh memanjang. Tempat parking kenderaan tak pernah lengang. Memang kuat penangan hari raya bukan?
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya
Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal  tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

2 comments:

Anonymous said...

salam aidilfitri juga :)))

Unknown said...

Selamat hari raya aidilfitri...ampun maaf dipinta andai ada kesalahan dan kesilapan...

Post a Comment