Seringkali orang berkata: “kita hidup harus tabah…”
Menghadapi segala masalah perlu tabah, menjalani retorik hidup ini juga harus tabah.
Menghadapi kegagalan
sekalipun juga harus tabah. Menerima sesuatu kejadian buruk yang datang
dalam hidup ini juga perlu tabah.. tabah.. tabah.. dan TABAH.
Benarkah orang yang tabah adalah orang-orang yang kuat? Atau sebaliknya orang yang lemah mungkin jauh lebih tabah?
Adakah
orang yang selalu berjaya dan bahagia itu adalah orang-orang tabah? atau sebaliknya orang yang selalu gagal, sentiasa jatuh bangun, dan
selalu sakit hati itu yang sebenarnya orang-orang yang tabah?
Adakah
orang yang lemah lembut itu memiliki hati yang lemah? adakah orang yang
memiliki hati yang lemah, tidak dapat berubah menjadi tabah?
Ketabahan..
Persoalan
ini tiada jawapan yang pasti, dan jawapan yang tidak akan memuaskan
hati. Kerana memang benar ketabahan itu relatif, tiada ukuran untuk
mengukur ketabahan hati seseorang. Tiada orang yang dapat menilai siapa yang layak diklasifikasi sebagai orang yang tabah.
Tetapi
sudah pasti mereka yang pernah melihat dan mengalami perubahan,
memahami hukum sebab – musabab, akan mengerti hukum kehidupan. Mereka
akan dapat mengatasi semua persoalan hidupnya. Perkataan “tabah”
adalah mudah dikatakan oleh sesiapapun, tetapi bagaimana untuk bersikap
tabah itu memerlukan MOTIVASI yang kuat.
KETABAHAN memerlukan temannya rapat… iaitu “SEMANGAT”.
Ketabahan
tidak akan muncul sendirinya bila tiada “semangat” dan “semangat”
muncul setelah proses “penerimaan”. Penerimaan adalah kita dapat
menerima semua keadaan dan kenyataan yang ada, menerima semua
kegagalan, menerima semua bentuk ’sakit’, ‘jatuh’, ‘down’ dan apa – apa
pun namanya yang menerjah hidup kita….
4 comments:
singgah sini
Terima kasih singgah.. Alhamdulillah
yeah..ketabahan penting dalam meneruskan hidup di uka buminih.. cabaran mendatang semakin hari semakin hebat... peace yo!
yeh.. peace no war dlm diri sendiri :)
Post a Comment