Sebagaimana yang kita ketahui bahawa berada dirumah sebagai surirumah
boleh menyebabkan tekanan emosi bagi wanita yang kurang pandai mengurus
diri.
Ketika itu kita akan terasa bahawa tugasan kita begitu banyak, daripada
membersih, mengemas, memasak, menjaga anak-anak. Semuanya kita akan
lakukan secara berulang-ulang tanpa ada pilihan, kadang-kadang kita
terpaksa melupakan waktu untuk diri sendiri.
Apa kata kali ini kita cuba melihat segala tugasan kita daripada sudut
lain, iaitu jadikan ia sebagai satu teknik meditasi yang mampu memberi
ketenangan kepada kita.
Insya Allah jika ia dipraktikkan setiap hari, ia akan menjadi satu rutin yang menarik untuk diamalkan serta disebarkan.
Dalam masa yang sama kita akan mampu menjimatkan masa kita, iaitu bila
kita memanfaatkan tugasan harian kita sebagai teknik meditasi, kita
akan terasa lebih tenang. Malah tugasan seharian kita dapat
dilaksanakan dalam keadaan teratur dan terancang.
Sebagai contoh, membasuh pinggan-mangkuk boleh dilakukan secara
tergesa-gesa ataupun sebagai meditasi, iaitu kita lakukan secara tenang
dan fokus.
Begitu juga membersih dan mengemas rumah sama ada mengemop, mengelap,
menyapu ataupun menggunakan vacuum cleaner boleh dilakukan mengikut
citarasa kita, secara tergesa-gesa ataupun kita lakukan sebagai satu
teknik meditasi.
Diantara teknik yang boleh kita amalkan sebelum memulakan tugasan tersebut ialah:
1. Cuba imbangkan tubuh dan fokuskan fikiran kepada tugasan tersebut.
2. Pastikan kita memilih apakah yang ingin dilakukan dengan tepat, kemudian barulah mulakan tugasan tersebut.
3. pastikan kita memberi tumpuan sepenuhnya serta hayati setiap gerakan kita semasa melakukan tugasan tersebut.
4. Berikan juga perhatian pada kaki, perut, bahu dan belakang kita,
serta bayangkan setiap pergerakan kita bermula daripada tengah badan.
5. Cubalah lakukan secara terbaik serta fokus, serta elakkan daripada melakukannya secara tergesa-gesa ataupun jalan pintas.
6. Fokuskan pemikiran sepenuhnya semasa melakukan gerakan tugasan tersebut, lupakan segala masalah lain.
7. Bila dilakukan secara fokus dan tenang, kita akan mampu menyiapkan
tugasan lebih cepat serta lebih baik hasilnya. Kesan lainnya ialah kita
akan berasa lebih tenang pada akhirnya.
Sebenarnya jika kita pandai mengambil peluang untuk mempraktikkan
meditasi semasa melakukan tugasan seharian kita, kita akan mahir dalam
melaksanakan tugasan kita tanpa meninggalkan kesan negatif dalam diri
kita. Oleh itu cubalah untuk memfokuskan kepada proses melaksanakan
tugasan seharian kita.
Sebagai contoh, seorang surirumah yang memberi tumpuan penuh semasa
membersihkan habuk dirumahnya akan mampu menyiapkan kerja tersebut
dengan cepat, serta beliau akan mampu mengekalkan kestabilan emosi
sepanjang melakukan tugas tersebut.
Namun begitu pastikan tiada sesiapa mengganggu kita semasa kita
fokuskan perhatian kita untuk menyiapkan tugasan tersebut. Jika anda
memiliki anak kecil, pastikan meditasi tersebut dilakukan ketika
anak-anak tidur ataupun ada orang lain menemani mereka.
Moga kita mampu memberikan yang terbaik buat keluarga yang kita sayang,
dengan melakukan dua dalam satu tugas...jadikan kerja rumah sebagai
meditasi seharian kita.
Jika anda inginkan kesan yang lebih baik, gunakan masa tersebut untuk
berzikir apa-apa zikir yang disukai ataupun mana-mana asmaul husna. Ini
kerana zikir akan memberi kesan lebih baik untuk tubuh dan emosi kita.
Sama-samalah kita amalkan agar tugasan kita lebih bermakna buat diri
dan keluarga. Janganlah kita menganggap kesibukan menghalang kita
daripada memberi masa buat diri.
Moga kita dapat beroleh ketenangan dalam melaksanakan tugasan kita. Amiin.
DAN INGAT !!
DAN INGAT !!
2 comments:
bila buat kje2 rumah ni dah jadi sebagai senaman jugak tu..:)
salam kenalan..:)
saya follow blog akak eija..:)
jemputla ke blog saya nanti
sekuntumbungazara.blogspot
time kcih..:)
ok dik... tqvm
Post a Comment