Keharmonian
rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri.
Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain,
insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk'
yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara
satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu
adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan'
iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing
dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas,
menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah 'percutian'
di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin
atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan'
iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan
suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan
dunia.
1. TIGA PERKATAAN AJAIB
Mudah. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan anda rasa dihargai.I Love You.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya sabanhari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dahulu mengucapkannya.
2. HAYATI HUBUNGAN ANDA
Meskipun hubungan anda telah lama, anda masih perlumenghargai dan menghayati hubungan anda seperti baru bermula.
3. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan anda. Bimbang nanti bila sudah berumatangga, romantis ke mana, si dia ke mana.. Habis idea katakan..
2 comments:
hehe . bila dah kahwin nanti syuk praktis
hee..romantik mesti ada...^_^
Post a Comment