29 April 2014

Belajar Doa selepas Azan dan Iqamah

Cara Mengerjakan Solat

AZAN :




Azan disebut juga dengan Bang yakni seruan atau laungan 
yang dilakukan untuk memberitahu kepada orang-orang muslim bahawa 
sudah masuk waktu sembahyang.
 Azan dilakukan di setiap tiba waktu sembahyang, 
yang boleh melakukan laungan azan hanya orang lelaki sahaja, 
orang perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan. 
Kalimah-kalimah Seruan Azan atau Bang ialah:-





 

Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.
 
Maksudnya:
 
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.




Tambahkan "Assolaatu khairun minan naum" (2X) 
 maksudnya "Sembahyang itu lebih baik dari Tidur" pada Azan Subuh selepas "Haiyaalal falah" (2X)






Sunat Di Waktu Menyeru/Melaungkan Azan

1. Berwudhu'
2. Menghadap ke arah Kiblat
3. Berdiri sewaktu menyeru Azan atau Qamat
4. Dilakukan di tempat yang tinggi.
5. Muadzin hendaklah menyaring dan mengeluarkan suaranya.
6. Mengulang-ulang lafaz syahadatain
7. Muadzin menutup kedua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucapkan 
"Haiyaalas solah" sambil memalingkan muka kearah kanan, 
dan ketika mengucapkan "Haiyaalal falah" berpaling ke arah kiri.





 
Menjawab seruan Azan:
 
Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin 
(tukang azan @ bilal),
hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa 
yang diucapkan 
dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, 
cuma pada bacaan:-
 
"Haiyaalas solah" dan "Haiyaalal falah" 
maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" 
 maksudnya  
"Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".
 
"Assolaatu khairun minan naum" 
maka kita ucapkan "Syadaqta wa barirta waana mina syaahidiin" 
maksudnya  
" Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada 
yang menyaksikan".

 
 

IQAMAH :






Qamat disebut juga dengan Iqamah yakni ucapan atau bacaan 
yang dilakukan ketika sudah hampir melakukan 
serta memulakan sembahyang.



Allahu Akbar Allahu Akbar. 
Asyhadu alla illahaillallah. 
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. 
Haiyaalas solah Haiyaalal falah. 
Qadqamatis solah Qadqamatis solah. 
Allahu Akbar Allahu Akbar. 
La ilahaillallah.
 
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Sesungguhnya sudah hampir mengerjakan sembahyang.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.






 







Menjawab bacaan Qamat:
 






Jika kita sembahyang berjemaah, 
maka yang membacakan Qamat itu cuma seorang sahaja 
contohnya muadzin 
(tukang azan @ bilal), tidak perlu lagi kita Qamat. 
Bagaimanapun untuk beroleh pahala hendaklah kita menyahut, 
mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Qamat 
yang dibacakan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, 
cuma pada bacaan:-
 






 
"Haiyaalas solah Haiyaalal falah" 
 maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim"
 
 maksudnya 
  
"Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".
 
"Qadqamatis solah Qadqamatis solah"
 maka kita ucapkan "Aqaamahallahu wa adaamahaa" 
 
maksudnya 
 
  "Semoga Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal"




Selepas habis sahaja azan dan iqamah, 
kita di sunatkan membaca doa selepas azan 
sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan 
kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
 
 

DO'A SELEPAS AZAN DAN IQAMAH








Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi wassallam.





 






Maksudnya:
 
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
 
Sumber : E-Zakat





18 April 2014

10 jenis herba bagi wanita yang menghadapi pre menopouse



10 jenis herba yang dikhususkan untuk membantu beberapa permasaalahan yang sering dihadapi oleh wanita yang menghadapi situasi pre menopouse.

Herba tersebut ialah: -



~ Buah Delima
~ Kacip Fatimah
~ Manjakani
~ Kurma
~ Pueraria Lobata
~ Goji
~ Tomato
~ Biji Anggur
~ Kolagen
~ Madu

Kandungan vitamin, zat-zat dan mineral yang terdapat dalam esktrak  tersebut membantu memulihkan hormon yang diperlukan oleh wanita yang mengalami menopous. Apabila hormon yang semakin berkurangan dapat digantikan, maka fungsi organ berkaitan akan aktif semula dan dengan itu dapat membantu melambatkan menopous.


Hanya kerana kita tidak mengetahui khasiat dan kaedah menggunakannya maka kita semua tidak mengetahui kelebihan dan faedah herba berkenaan kepada diri kita. Tomato misalnya, hampir setiap masakan panas menggunakannya, begitu juga buah anggur, kita biasanya memakan isinya sahaja tetapi membuang bijinya; dimana sebenarnya biji anggur itulah yang mengandungi unsur-unsur yang teramat penting untuk mencegah darah beku dalam saluran darah dan saraf kita.

Buah kurma dan madu adalah dua unsur penting yang berfungsi mengembalikan tenaga, menghapuskan bakteria yang tidak dikehendaki oleh badan, mengawal tekanan darah dan denyutan jantung. Begitu juga dengan herba lain.
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa itu menopause?

    * Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
    * Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
    * Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap

Bila menopause berlaku?
Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?

Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :

    * Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
    * Penyakit penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
    * Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
    * Jangkitan viral
    * Kebanyakan sebab sebab masih belum diketahui.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah tanda-tanda menopause?

Tanda tanda menopause terbahagi kepada:

   1. Gejala vasomotor
          * Panas dan kemerahan dimuka
          * Berpeluh
          * Denyutan jantung yang laju
          * Serangan kegugupan (panik)
          * Susah tidur
   2. Gejala mental
          * Emosi yang berubah-ubah
          * Suasana perasaan yang berubah-ubah
          * Keletihan
          * Kurang daya ingatan
          * Mudah tersinggung
          * Kurang daya seks
   3. Gejala saluran kencing/Urogenital
          * Kekeringan faraj
          * Kerap kencing
          * Kencing tidak terkawal
   4. Penyakit tulang
          * Tulang menipis (osteoporosis)
          * Ketinggian badan mengurang
          * Kepatahan tulang
   5. Lain-lain gejala
          * Kulit menipis ( atrophy )
          * Kehilangan anjalan kulit
          * Kulit kering
          * Rambut bertambah gugur
          * Mudah mendapat ruam

Apa itu keadaan panas dan kemerahan dimuka?

85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka:

    * Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
    * Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
    * Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
    * boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah kesan emosi wanita yang putus haid?


Hormon estrogen boleh dianggap sebagai bahan penyeri kepada paras wanita. Ia juga penting bagi menstabilkan jiwa dan emosi wanita. Ekoran dari ketandusan hormon estrogen berbagai masalah jiwa dan emosi seperti kesedihan tanpa sebab, ketakutan kerana memikirkan kemungkinan hilangnya ciri-ciri kewanitaan dan perasaan mudah marah timbul. Mereka menjadi sangat sensitif dan mudah merajuk. Selera mereka dan tidur mereka mudah terganggu. Mereka sering rasa resah dan gelisah. Serba-serbi yang mereka dibuat menjadi serba tidak kena. Mereka juga sering mengeluh dan menangis apabila bersendirian.


Orang yang mengalami monopouse akan mengalami peubahan


Imej dan Sikap

    * Bina sikap positif dalam kehidupan.
    * Terima perubahan yang berlaku dari segi peranan.
    * Kekalkan aktif secara fizikal dan mental.
    * Teruskan perjuangan hidup. Dapatkan bantuan jika perlu.



Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang mengalami monopouse?


Bagi mengatasi masalah jiwa dan emosi yang berkaitan dengan putus haid, sokongan dari orang yang rapat dengannya seperti suami, anak-anak, sadara-mara dan rakan adalah penting. Suami perlu memahami perubahan akibat putus haid dan memberi bantuan dengan nasihat dan kata-kata yang menaikkan semangat dan keyakinan diri wanita tersebut. Jika masalah yang dialami itu teruk, perlulah ia mendapat nasihat daripada kaunselor atau doktor. Kebanyakan daripada masalah-masalah tersebut hanyalah sementara dan akan lenyap dengan sendirinya.


divider3 



MEN o pause

pause bukan stop

jika fahamlah kan

boleh sambung ya MEN

wink smiley for orkut, myspace, facebook

12 April 2014

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh

qunut
 
Cara bacaan doa qunut. Umum mengetahui doa qunut dibaca pada iktidal rakaat kedua waktu solat subuh. Hukum membaca doa qunut adalah sunat ab'ad (sunat yang dituntut).

Doa qunut:

Qunut Subuh
Bacaan Doa Qunut

Bacaan Rumi:

Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.



Maksudnya:
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan

Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau

(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


Jika anda menjadi imam, anda perlu membaca dan mengubah kalimah tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada kalimah-kalimah tersebut hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya  dengan amin sahaja. Kalimah kalimah tersebut ialah :

"Allah humah dini" kepada  "Allah humah dina"

"Wa'a fini " kepada "Wa'a fina "

"Watawallani" kepada "Watawallana"

"Wabarikli"  kepada "Wabariklana"

"Waqinii" kepada "Waqina"

11 April 2014

Kek Span Pandan

125 gm tepung kek
15 gm ovellete
115 gula castor
5 biji telur (250 gm tanpa kulit)
40 gm air
70 gm minyak jagung
1/2 sudu teh pandan flavor
1/2 sudu teh pewarna hijau epal...

Caranya :
- Satukan ovellete, gula, telur & tepung. Pukul hingga gebu.
- Perlahankan kelajuan,masukkan air+pewarna+flavor. Pukul lagi kelajuan tinggi.
- Maukkan minyak jagung dan kacau sebati
- Masukkan dalam tin pembakar dan bakar 35-40 minit 170`C.



Kastad Pandan

Bahan A.
180 gm gula castor
500 gm air daun pandan
10 gm halal instant jelly powder

Bahan B
400 ml santan
85 gm tepung hoen kwee
1 sudu teh pewarna hijau
Secubit garam
Hiasan : 1/2 cawan kelapa kering

Caranya :

- Kek span dibelah 3.----> saba potong 2 lapisan shj
- Untuk kastard : Campur Bahan A ke dlm periuk, masa atas api sederhana dan kacau.
- Apabila mendidih masukkan pula bahan B. Kacau hingga pekat.
- Angkat dan kacau sehingga suam.
- Gunakan acuan loose tin atau spring form. Masukkan 1 lapisan kek dan tuang kastard atasnya.
- Buat hingga habis 3 lapisan. ----> saba buat 2 lapisan shj
- Tuang kastatd hingga tutup keliling kek, hentak sedikit.
- Masukkan dalam peti ais.
- Keluarkan dan hias dengan kelapa kering.



=) Nak dah cuba mang jadi.. suka sgt beli kek ne so try buat sendiri makan puas2... dan pulak kek span pandan saya beli je kat giant tuh.. hehe lg murah dan cepat je keje..ops!kantoi 

Ada kentut dalam panduan sunnah


Islam melarang kita melakukan sesuatu perbuatan yang memalukan diri seperti kentut dihadapan orang ramai dan sebagainya.

Walaubagaimanpun bagi mereka yang terkentut maka hendaklah menyembunyikan perbuatannya dan meneruskan pekerjaannya seperti biasa.

Hal ini berdasarkan hadith daripada Aisyah RA yang berkata, Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda :

إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْصَرِف ْ
'Jika salah seorang daripada kamu terkentut sewaktu solatnya maka hendaklah dia memegang hidungnya lalu beredar (dari solat).' [riwayat Abu Daud no. 1114]

Kata al-Khattabi, perintah supaya memegang hidung itu supaya seolah-olah orang lain menyangka dia menghadapi hidung berdarah dan keluar bukan sebab kentut. Ini adalah bagi melindungi perkara yang memalukan dan tidak termasuk berbohong sebaliknya dari akhlak yang baik. [Awn al-Ma'bood]

Manakala bagi orang yang lain pula adalah haram mengejek dan mentertawakan orang yang terkentut sebaliknya mereka harus meneruskan urusan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Bahkan di dalam hal ini, menutup aib saudara kita adalah merupakan suatu sunnah dan kemuliaan.

Abdullah bin Zam'ah RA meriwayatkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam menegur perbuatan mereka yang ketawa ketika terkentut dan buang angin dengan sabdanya :

 لِمَ يَضْحَكُ أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ
'Kenapa salah seorang daripada kamu ketawa terhadap apa yang dia juga lakukannya? [riwayat al-Bukhaari dan Muslim] Hadith di atas bermaksud kentut itu dilakukan oleh semua orang maka tidak sepatutnya dia ketawa terhadap orang yang terkentut kerana dia juga mengalaminya.

Bahkan Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan bahawa hal ini adalah menjadi hujah bahawa dilarang mentertawakan orang yang kentut sebaliknya dia harus mengabaikannya dan meneruskan urusannya seperti biasa seolah-olah dia tidak mendengarnya.

Hal ini termasuk dalam adab dan akhlak yang baik dengan manusia lain. gi mereka yang terkentut maka hendaklah menyembunyikan perbuatannya dan meneruskan pekerjaannya seperti biasa.


10 April 2014

Lama tak update blog...

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..lama betul tak update blog ni.Lepas bulan puasa memang hilang terus idea ditambah pula dengan kesibukan mengejar hal-hal duniawi dan ukhrawi.

Alhamdulillah anak sulung sudah menduduki peperiksaan SPM sekarang dah melihat keputusan nya ..inshallah! byk lagi harus dia lalui..

kesibukkan baru-baru ne bkn sekadar kesibukkan anak2 je tp Alhamdulillah menyibukkan diri dgn ilmiah islam kita... gembira seisi keluarga kami mengabiskan masa beriadah di majlis-majlis ilmu ..jalaan-jalan cari masjid :)

Dengan sedikit demi sedikit ilmu moga-moga di berkati di dunia dan akhirat..Amin